PPIM Dedahkan 7 Cara Syarikat Telekomunikasi Tipu Pengguna. | Blog Tone Excel 1 Malaysia

PPIM Dedahkan 7 Cara Syarikat Telekomunikasi Tipu Pengguna.

PPIM Dedahkan 7 Cara Syarikat Telekomunikasi Tipu Pengguna Yang Anda Tak Perasan.



Rupa-rupanya banyak penipuan yg dilakukan syarikat telekomunikasi mudah alih (TELCO) kepada pengguna telefon bimbit.

Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yg munasabah, pelbagai penipuan didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj melampau di ibu negara.

Berikut antara penipuan syarikat TELCO yg didedahkan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.



7 Cara TELCO Tipu Pengguna.


1) Perayauan Antarbangsa (Roaming) - Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada TELCO, pihak berkenaan kemudian mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.

2) Kehilangan Kredit Pra-Bayar - TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, berulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu yg tidak dibuat aduan?

3) Pelan Data Internet - Pelanggan yg memohon langganan 3GB contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB & ada aduan yg diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.

4) Kesahihan Baki Data Internet - Pakej data internet yg dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet, perlu buat pembayaran tambahan.

5) Penalti Bayaran Lewat - Ada aduan diterima PPIM, pelanggan TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yg dikenakan syarikat TELCO bermula daripada RM200 yg tidak dibayar.

6) Panggilan Tidak Berjawab - Panggilan pelanggan TELCO jika tidak dijawab, ia tidak akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.

7) Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO - Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak & caj untuk mendapatkan bil terperinci.




Sudah terlalu lama, pengguna & orang ramai ditipu hidup-hidup dengan caj-caj tidak masuk akal oleh TELCO serta bukan sedikit yg menjadi mangsa.

Itu baru sebahagian daripada penipuan TELCO di negara ini. Penipuan seperti pakej data unlimited tetapi kemudiannya habis & perlu beli kuota lain & macam-macam lagi penipuan yg wujud.



Sumber : Sukan Star TV


Baca juga 3 Tips Beli Handphone Tanpa Usik Duit Gaji.[KLIK SINI]

SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment