Pasaran Tone Excel Telah Tepu? | Blog Tone Excel 1 Malaysia

Pasaran Tone Excel Telah Tepu?

Pasaran Tone Excel Telah Tepu?



Pada hari ini saya menulis artikel ini, ahli Tone Excel telah menjangkau 800,000 pengguna. Pengguna handphone di Malaysia sekitar 35 juta pengguna. Di Facebook saya, 70% rakan Facebook saya dah jadi pengguna Tone Excel. Iklan-iklan Tone Excel bertaburan di sekitar Newsfeed saya. Tapi, iklan-iklan tersebut tiada komen. Kalau ada komen pun dari ahli sendiri. Adakah pasaran Tone Excel telah tepu?


Pasaran Tone Excel telah tepu?

Adakah pasaran Tone Excel telah tepu? Ada leader-leader menyedapkan hati downline masing-masing dengan mengatakan "Kita ada 35 juta pengguna handphone. Pasaran kita masih luas". Betul ke pasaran Tone Excel masih luas? 

Kini, giliran saya untuk memberikan pendapat dari sudut yg berbeza.

Dalam asas bisnes, perkara pertama sekali mesti ada PELANGGAN. Jika anda sudah ada produk tapi masih belum berjaya mendapatkan pelanggan bermakna anda belum memiliki bisnes. Bagaimana untuk dapatkan pelanggan dalam bisnes Tone Excel ni? Akan saya kupas dalam artikel ini.

Perkara utama, anda perlu fahami masalah pelanggan. Anda perlu faham bukan semua orang minat berniaga. Walau anda ceritalah betapa ruginya mereka guna Telco lama yg tidak memberi duit & pelbagai kelebihan, jika mereka tak minat berniaga memang mereka takkan guna simkad Tone Excel ini. Mereka hanya minat jadi pengguna saja tanpa memikirkan pasal bisnes. Mereka minat bersosial dalam Facebook, Instagram, Whatsapp, main game online, dll.

Ada juga golongan yg tak berapa guna handphone. Penggunaan topup bulanan sekitar RM5-RM10 saja. Bila mereka dikenalkan dengan simkad Tone Excel pasti mereka tak bersetuju dengan servis Tone Excel. Jangan paksa mereka. Tinggalkan mereka elok-elok. 

Anda dah kenalpasti masalah-masalah pelanggan. Jadi, terpulang pada anda sama ada nak terus follow up mereka atau tinggalkan mereka. 

Berbalik kepada isu pasaran Tone Excel dah tepu atau tak, ini bergantung kepada sasaran prospek anda. Anda mesti cari prospek yg betul-betul "laparkan" produk anda. 

Kenapa mesti cari prospek yg "laparkan" produk anda?
Sebabnya untuk mengelakkan anda penat melakukan pemasaran. Membazir tenaga, masa, & wang ringgit. Biasanya prospek yg "lapar" akan menyerah diri dengan rela kepada anda. Kan jimat tenaga, masa, & wang ringgit. :-)

Bagaimana nak cari prospek yg "laparkan" produk anda?
Yang pasti prospek yg "laparkan" produk anda bukanlah dari golongan yg saya sebutkan diatas tadi. 




Teknik promosi saya :-
Teruskan berblogging, menulis artikel & dapatkan ranking halaman pertama di Google.

Salah satu artikel saya yg mendapat ranking halaman pertama di Google.


Kenapa saya pilih teknik pemasaran blog?
Jawapannya, akan saya berikan dalam artikel akan datang. :-)


Jadi, pasaran Tone Excel telah tepu atau tak bukanlah isu yg besar. Tapi bagaimana cara anda memasarkan bisnes Tone Excel anda. Masalah pasaran Tone Excel tepu atau tak takkan timbul jika anda halakan iklan anda kepada sasaran yg betul. Sebesar-besar bisnes bermula dari asas iaitu "fahami masalah pelanggan".


Nak jadi Agen Topup Murah Komisen Tinggi? Klik sini.


SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment