Blog Tone Excel 1 Malaysia - bisnes online Blog Tone Excel 1 Malaysia: bisnes online - All Post
Memaparkan catatan dengan label bisnes online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bisnes online. Papar semua catatan

Tone Excel Yang Menjimatkan.

Tone Excel Yang Menjimatkan.



Salam hormat.

Seperti yang anda tahu, kadar panggilan untuk simkad Tone Excel adalah 28sen/minit & sms 10sen/sms. Kadar ini telah nyata dipaparkan di web rasmi Tone Excel. Jadi apa yang jimat dengan simkad Tone Excel ini?


Kadar panggilan & sms sama rata.

Itu jika anda lihat dari sudut yang nyata. Mari kita lihat dari sudut tersembunyi. Jika anda menggunakan Telco yang lain, kadar panggilan & sms hanya jimat jika anda lakukan panggilan & sms antara sesama Telco. Jika berlainan Telco kadar panggilan & sms adalah mahal. Sedangkan kadar panggilan & sms Tone Excel adalah sama rata. 


Percuma kredit setiap bulan.

Semua Telco menawarkan percuma panggilan & sms pada hari jadi penggunanya. Betulkan? Tetapi Tone Excel tidak menyediakan tawaran ini. Akan tetapi Tone Excel menawarkan percuma kredit setiap bulan.

Setiap kali anda topup RM30 anda akan terima percuma kredit RM10. Jika anda topup RM50 pula, anda akan terima percuma kredit RM20. Ok jom kita buat kira-kira.

Jika anda topup RM30 + percuma RM10 = RM40.
Anda boleh buat panggilan sebanyak 142 minit ke mana-mana Telco dengan jumlah kredit RM40.
Dengan kredit RM40 juga anda boleh buat 400 sms ke mana-mana Telco.

Jika anda topup RM50 + percuma RM20 = RM70.
Anda boleh buat panggilan sebanyak 250 minit ke mana-mana Telco.
Anda juga boleh buat 700 sms ke mana-mana Telco.

Cuba anda kira pula penggunaan Telco yang anda guna sekarang.


Tone Excel Memang Menjimatkan.

Jika penggunaan topup bulanan anda adalah RM100/bulan, anda boleh dapat extra RM40 (jika menggunakan simkad Tone Excel).

Jika penggunaan topup bulanan anda adalah RM200/bulan, anda boleh dapat extra RM80 (jika menggunakan simkad Tone Excel).

Kan lebih jimat. Jika topup bulanan anda adalah seperti diatas amat digalakkan untuk menggunakan simkad Tone Excel kerana anda boleh jimatkan lagi penggunaan anda disamping menjana pendapatan pasif. 

Bukan itu saja, anda juga akan terima cash rebate 3% daripada nilai topup anda setiap bulan di bank in terus ke akaun anda. Ini bermakna lebih banyak anda topup lebih banyak pulangan yang anda terima. Artikel tentang menjana pendapatan pasif baca DISINI.

Sememangnya simkad Tone Excel menjimatkan.

Kelebihan lain simkad Tone Excel baca DISINI.

Dapatkan simkad Tone Excel DISINI.



5 Tips Memilih Bisnes.

5 Tips Memilih Bisnes.



Bila bercerita tentang bisnes, memang sangat luas utk kita terokai. Akan tetapi, seluas mana pun pengetahuan anda tentang bisnes, ianya bermula dari asas juga. Sifu-sifu bisnes juga banyak melakukan perkara asas dalam bisnes mereka. So, why not anda yg newbie juga mesti tahu perkara asas ini supaya tak melakukan banyak kesilapan. 

Jika anda berminat & baru nak memulakan bisnes, anda perlu memilih bisnes apa yg anda nak buat. Ada beberapa tips memilih bisnes jika anda terlalu baru dalam dunia bisnes ini. Tips memilih bisnes ini sesuai utk golongan lepasan SPM, pelajar IPTA & IPTS, pekerja awam mahupun swasta. Pendek kata, tips memilih bisnes ini utk anda yg baru nak mulakan bisnes secara separuh masa (part time).

Ada beberapa tips memilih bisnes tapi artikel kali ini saya senaraikan 5 tips utama memilih bisnes :-


1. Ada produk
Ramai pelajar melakukan kesilapan dengan menyertai program-program skim cepat kaya, rolling money, kutu moden, dll. Dan semestinya program seperti ini tiada produk. Anda boleh tanya sendiri dengan sesiapa saja yg menawarkan anda bisnes sama ada bisnes mereka mempunyai produk atau tak. Jika tiada produk, lebih elok anda elakkan. Dikhuatiri menimbulkan keraguan dari sumber pendapatan tersebut. Boleh rujuk kepada yg lebih pakar seperti Uztaz atau Ulama.

Jadi, jika ingin berniaga dengan yakin carilah bisnes yg ada produk.


2. Produk keperluan atau kehendak
Anda dah melepasi tips memilih bisnes yg pertama. Kini anda perlu kenalpasti produk yg anda nak niagakan adalah produk keperluan atau kehendak. Berkemungkinan menjual produk keperluan lebih mudah dari produk kehendak kerana zaman sekarang ni lebih-lebih lagi dengan pelancaran GST, rakyat Malaysia lebih berjimat cermat & kurang berbelanja untuk produk kehendak. 

Akan tetapi, tak menjadi masalah utk anda menjual produk kehendak asalkan anda tahu di mana anda nak cari pelanggan yg berpotensi membeli produk anda. Boleh cuba lakukan validasi.


3. Modal rendah
Ya, jika anda sangat baru utk memulakan bisnes, faktor ini anda mesti fikirkan. Cari bisnes yg memerlukan modal yg sangat minima. Mulakan saja sebagai agen dropship. Bila bisnes semakin maju boleh laburkan modal utk menyimpan stok.


4. Terbukti ada orang kaya & berjaya dengan bisnes tersebut
Jika niat anda berbisnes sekadar lepas bayar bil-bil & hutang-piutang, anda boleh abaikan tips ini. Jika anda nak lebih dari ini, anda boleh kaji ada tak sesiapa yg sudah jadi kaya & berjaya dengan bisnes yg anda ceburi. Jika ada, anda boleh jadikan mentor. Belajar jadi kaya & berjaya dalam masa yg singkat dari mentor tersebut. Tips memilih bisnes ini pernah ditekankan oleh Tuan Faisal Abdullah. 


5. Menawarkan pendapatan aktif & pasif
Anda perlu faham apa itu pendapatan aktif & pasif. 

Pendapatan aktif - Pendapatan terhasil bila ada jualan. 1 kali jualan, 1 kali pendapatan. Jika tiada jualan, maka tiada pendapatan.

Pendapatan pasif - Ini adalah bonus yg disediakan oleh sesetengah syarikat. Pendapatan pasif terhasil dari jualan aktif yg anda pernah lakukan. Anda tak perlu lagi follow up pelanggan terdahulu. Setiap belian ulangan dari pelanggan terdahulu, beberapa persen keuntungan akan menjadi milik anda.


Anda dah tahu 5 tips utama memilih bisnes. Dah jumpa bisnes idaman anda?

Tak perlu pilih bisnes yg grand sangat. Mulakan bisnes dengan apa yg ada. Jangan bertangguh. Jika anda perasan 5 tips memilih bisnes ini ada pada bisnes Tone Excel. Anda bebas memilih. Pilihan ditangan anda. Berniaga utk mengurangkan hutang bukan menambah hutang, ok. :-)

Baca juga Agen Topup Murah Komisen Tinggi.





Pemasaran Email Untuk Bisnes Tone Excel

Pemasaran Email Untuk Bisnes Tone Excel.



Pernah dengar ungkapan "Money in the list"?


Inilah ungkapan yg sering diulang-ulang oleh otai-otai IM jika anda ingin berjaya dalam bisnes, simpan database pelanggan & bakal pelanggan. Pemasaran email adalah pemasaran kuno yg masih relevan digunakan sepanjang zaman. Dengan menyimpan database(nama & email) pelanggan, anda boleh membuat jualan ulangan dengan sekali klik saja.


Bagaimana untuk dapatkan database(nama & email) pelanggan?


Dalam pemasaran email, anda mesti guna cara yg beretika & profesional untuk dapatkan database pelanggan. Caranya adalah dengan menawarkan sesuatu yg percuma seperti informasi, laporan, ebook, video, software trial, atau apa saja yg boleh diberikan secara percuma kepada bakal pelanggan.


Sebagai balasan, pelanggan akan memberikan nama & email mereka kepada anda. Teruskan berkongsi maklumat dengan pelanggan melalui email follow up. Sesekali tawarkan produk atau servis anda.




Pemasaran Email Untuk Bisnes Tone Excel.



Dalam bisnes Tone Excel, sama juga konsepnya. Tawarkan sesuatu yg percuma. Team saya tawarkan Panduan Buat Duit Dengan Handphone.




Boleh lihat contoh Landing Page dengan menekan pautan ini.




Autoresponder.


Tool penting yg digunakan dalam pemasaran email adalah autoresponder. Autoresponder adalah robot pemasaran email yg berfungsi menghantar email follow up mengikut masa yg telah ditetapkan oleh pengguna autoresponder tersebut.


Antara penyedia servis autoresponder kegemaran para IM adalah trafficwave, getresponse, aweber,& emelmatik. Setiap autoresponder mempunyai kelebihan masing-masing.



Autoresponder Pilihan Saya : Trafficwave.


Autoresponder trafficwave menjadi pilihan saya dalam pemasaran email kerana mudah digunakan. Trafficwave juga menawarkan yuran bulanan yg berpatutan & tetap walaupun jumlah database bertambah banyak.


Cara menggunakan autoresponder trafficwave sangat mudah. Anda explore dalam 3-4 hari anda sudah mahir. Anda boleh cuba 30 hari percubaan percuma. [KLIK SINI]


Sesungguhnya, jika anda ingin kekal berjaya dalam bisnes anda memerlukan sistem menyimpan database pelanggan & sistem follow up automatik iaitu pemasaran email autoresponder. Dapatkan akaun autoresponder disini. [KLIK SINI]



Akaun Bank Yang Boleh Digunakan Untuk Bisnes Tone Excel.

Akaun Bank Yang Boleh Digunakan Untuk Bisnes Tone Excel.



Tone Excel adalah bisnes yg realistik. Kenapa saya kata realistik?

OK begini, sebelum saya berkenalan dengan Tone Excel saya pernah hanyut dengan program-program yg entah apa-apa entah. Sebab masa tu saya masih jahil bab bisnes. Tak perlulah saya sebutkan nama-nama bisnes ni. Anda boleh lihat sendiri di Facebook, macam-macam program skim cepat kaya, rolling money, kutu moden, duduk diam dapat duit, & yg seumpamanya.

Model-model bisnes seperti ini biasanya ada admin & website. Tapi tiada langsung pemberian komisen yg dibank in ke akaun bank anda oleh pihak admin. Hanya ewallet saja yg anda boleh lihat di website tersebut. Komisen tersebut tidak realistik.

Bagaimana nak keluarkan ewallet tersebut menjadi cash money?

Anda mesti menaja downline. Anda hanya mengutip komisen dari yuran-yuran yg dibayar oleh downline-downline anda. Nampak? Tiada langsung pembayaran komisen yg di bank in ke akaun bank anda oleh pihak admin.

Begitulah cara model bisnes seperti ini. Kadang-kadang anda tak perasan. Nama company je bertukar tapi sistem tetap sama.



Bisnes Tone Excel Memang Realistik.


Berbalik kepada bisnes Tone Excel, komisen yg anda dapat akan dipaparkan di ewallet anda. Setiap 11hb, 21hb, & 30/31hb, komisen yg anda lihat di ewallet tersebut akan di bank in terus ke akaun bank anda oleh pihak Tone Excel.

Nampak? Inilah yg saya maksudkan bisnes Tone Excel adalah realistik. Semua komisen dibayar oleh Tone Excel selaku admin bukan hasil kutipan yuran dari downline-downline.

Baca maklumat penuh Komisen Tone Excel disini.


Akaun Bank Yang Boleh Digunakan Untuk Bisnes Tone Excel.


Ini yg istimewa tentang Tone Excel. Hampir semua bank di Malaysia ini boleh digunakan untuk bisnes ini. Jika anda hanya ada akaun BSN saja, anda layak untuk sertai Tone Excel. Lihat senarai akaun bank yg boleh digunakan untuk bisnes Tone Excel dibawah ini.



Cuba anda lihat senarai bank diatas, ada tak akaun bank anda? Kalau ada anda layak sertai bisnes Tone Excel ini. Lihat juga gambar bukti dibawah yg menunjukkan komisen di bank in ke akaun bank saya oleh Tone Excel sendiri.



OK tak? Barulah realistik kan. Belum pernah lagi saya guna mana-mana Telco, saya diberi penghargaan begini. Kini saya lebih dihargai. Saya sangat bersyukur. Amin...




Tone Excel Banting - Dengkil.

Tone Excel Banting - Dengkil.



Semua orang suka membeli. Membeli dipengaruhi oleh keperluan & kehendak. Ada orang suka membeli di kedai & ada orang suka membeli dengan orang perseorangan. 


Ada pro & cons disini. Mungkin produk di kedai lebih murah & lebih pilihan dari membeli dengan orang perseorangan. Dan ada juga orang yg suka survey harga dulu antara di kedai & orang perseorangan.


Disini saya ingin kategorikan 2 cara orang membeli iaitu :-

1) COD (Cash on Delivery)
2) Online

1) COD (Cash on Delivery).

Orang suka membeli dengan cara COD sebab boleh jumpa penjual & boleh pegang produk dulu sebelum membeli. Jika berpuas hati boleh terus bayar & bawa balik produk.

2) Online.

Golongan yg biasa membeli secara atas talian (online) adalah dari golongan yg bekerjaya. Kadang-kadang mereka tiada masa nak window shopping. Jadi mereka hanya perlu bank in pada penjual & produk akan di pos terus ke alamat rumah pembeli.


Cara Order Simkad Tone.


Dalam bisnes Tone Excel, anda boleh dapatkan simkad secara online & COD. Sama juga seperti membeli produk lain, jika anda ada masa anda boleh COD. Jika tiada masa, anda boleh order secara online.


Baca juga Cara Daftar Simkad Tone Excel.




Tone Excel Banting - Dengkil.


Jika anda tinggal di area Banting - Dengkil, anda boleh COD terus dengan saya. Hubungi nombor telefon 012-6954181(Amirul). 


Saya juga menyediakan khidmat poslaju jika anda tinggal jauh dari Banting - Dengkil. Seterusnya menjadi agen pengedar simkad Tone Excel di Daerah anda. Anda boleh order secara online.


Sms/Call/Whatsapp : 012-6954181







Baca juga Cara Daftar Simkad Tone Excel.

Nak jadi Agen Topup Murah Komisen Tinggi? Klik sini.


Internet Murah 1GB RM2.

Internet Murah 1GB RM2.


Pernah tak anda nampak iklan gambar seperti dibawah di Facebook?



Data internet murah 1GB RM2 je. Mesti pernah nampakkan? 

Kalau anda belum pernah nampak, saya nak beritahu iklan ini semestinya dari ahli Tune Talk Tone Excel. Pelan Tone Excel ni banyak menggunakan sifir. Pada zahirnya nampak mahal tapi bila dikira menggunakan sifir nampak murah & menguntungkan.

Jika anda lihat pelan data dibawah menunjukkan data internet untuk 1GB adalah RM42.



Jadi, macam mana boleh dapat internet 1GB RM2? Mari saya tunjukkan sifir bagaimana boleh dapat internet 1GB RM2.

Untuk dapatkan internet 1GB RM2, anda mesti beli 2 keping topup RM50 = RM100. Isi topup tersebut pada handphone anda. 

Kini, anda bukan dapat kredit RM100 tapi RM140 kerana topup RM50 percuma RM20 kredit.

Langgan data internet 1GB = RM42.

RM140 - RM42 = RM98

Anda masih ada baki kredit berjumlah RM98.

Anda keluarkan duit untuk topup hanya RM100. Selepas langgan data internet 1GB anda masih ada baki kredit RM98.

RM100 - RM98 = RM2/

Jadi, data internet yg menggunakan duit anda sendiri adalah RM2 saja.
Baki kredit RM98 tu anda boleh gunakan untuk call, sms, atau langgan data internet untuk bulan depan pula.


Begitulah sifir untuk dapatkan internet murah 1GB RM2. 

Ada yg akan tanya "Mak ai nak kena topup RM100 pula.. Simkad aku yg sekarang ni aku topup RM20-RM30 je".

Jawapan :-
Nak jimat atau nak untung? Nak jimat atau nak percuma?
Setiap kali anda topup anda akan terima Cashback 3% ditransfer terus ke akaun bank anda. Guna & berkongsi kelebihan simkad dengan rakan-rakan. Lama-kelamaan komisen anda akan melebihi dari jumlah topup yg anda keluarkan. kan dah percuma tu..


Tepuk dada, tanya selera..


Pasaran Tone Excel Telah Tepu?

Pasaran Tone Excel Telah Tepu?



Pada hari ini saya menulis artikel ini, ahli Tone Excel telah menjangkau 800,000 pengguna. Pengguna handphone di Malaysia sekitar 35 juta pengguna. Di Facebook saya, 70% rakan Facebook saya dah jadi pengguna Tone Excel. Iklan-iklan Tone Excel bertaburan di sekitar Newsfeed saya. Tapi, iklan-iklan tersebut tiada komen. Kalau ada komen pun dari ahli sendiri. Adakah pasaran Tone Excel telah tepu?


Pasaran Tone Excel telah tepu?

Adakah pasaran Tone Excel telah tepu? Ada leader-leader menyedapkan hati downline masing-masing dengan mengatakan "Kita ada 35 juta pengguna handphone. Pasaran kita masih luas". Betul ke pasaran Tone Excel masih luas? 

Kini, giliran saya untuk memberikan pendapat dari sudut yg berbeza.

Dalam asas bisnes, perkara pertama sekali mesti ada PELANGGAN. Jika anda sudah ada produk tapi masih belum berjaya mendapatkan pelanggan bermakna anda belum memiliki bisnes. Bagaimana untuk dapatkan pelanggan dalam bisnes Tone Excel ni? Akan saya kupas dalam artikel ini.

Perkara utama, anda perlu fahami masalah pelanggan. Anda perlu faham bukan semua orang minat berniaga. Walau anda ceritalah betapa ruginya mereka guna Telco lama yg tidak memberi duit & pelbagai kelebihan, jika mereka tak minat berniaga memang mereka takkan guna simkad Tone Excel ini. Mereka hanya minat jadi pengguna saja tanpa memikirkan pasal bisnes. Mereka minat bersosial dalam Facebook, Instagram, Whatsapp, main game online, dll.

Ada juga golongan yg tak berapa guna handphone. Penggunaan topup bulanan sekitar RM5-RM10 saja. Bila mereka dikenalkan dengan simkad Tone Excel pasti mereka tak bersetuju dengan servis Tone Excel. Jangan paksa mereka. Tinggalkan mereka elok-elok. 

Anda dah kenalpasti masalah-masalah pelanggan. Jadi, terpulang pada anda sama ada nak terus follow up mereka atau tinggalkan mereka. 

Berbalik kepada isu pasaran Tone Excel dah tepu atau tak, ini bergantung kepada sasaran prospek anda. Anda mesti cari prospek yg betul-betul "laparkan" produk anda. 

Kenapa mesti cari prospek yg "laparkan" produk anda?
Sebabnya untuk mengelakkan anda penat melakukan pemasaran. Membazir tenaga, masa, & wang ringgit. Biasanya prospek yg "lapar" akan menyerah diri dengan rela kepada anda. Kan jimat tenaga, masa, & wang ringgit. :-)

Bagaimana nak cari prospek yg "laparkan" produk anda?
Yang pasti prospek yg "laparkan" produk anda bukanlah dari golongan yg saya sebutkan diatas tadi. 




Teknik promosi saya :-
Teruskan berblogging, menulis artikel & dapatkan ranking halaman pertama di Google.

Salah satu artikel saya yg mendapat ranking halaman pertama di Google.


Kenapa saya pilih teknik pemasaran blog?
Jawapannya, akan saya berikan dalam artikel akan datang. :-)


Jadi, pasaran Tone Excel telah tepu atau tak bukanlah isu yg besar. Tapi bagaimana cara anda memasarkan bisnes Tone Excel anda. Masalah pasaran Tone Excel tepu atau tak takkan timbul jika anda halakan iklan anda kepada sasaran yg betul. Sebesar-besar bisnes bermula dari asas iaitu "fahami masalah pelanggan".


Nak jadi Agen Topup Murah Komisen Tinggi? Klik sini.


Cara Daftar Web Tonexpress.

Cara Daftar Web Tonexpress.



Web tonexpress.com adalah web replika untuk mempromosikan bisnes Tone Excel anda. Ia adalah alternatif untuk menaja ahli baru dengan pantas bermodalkan RM10 saja. Ahli Tone Excel sedia ada juga boleh menggunakan web tonexpress dengan mengekalkan IDP. Maklumat lanjut rujuk artikel Pengenalan Web Tonexpress RM1O.

Cara daftar web tonexpress.com akan diceritakan dalam artikel ini. Hanya ikut saja langkah-langkah mudah yg diberikan ini.


Langkah-langkah mendaftar web tonexpress.com.

1. Klik tonexpress.com. Anda akan dibawa ke website tonexpress.com seperti gambar dibawah.

 tonexpress.com


2. Anda baca maklumat-maklumat penting dalam web hingga ke bawah. Kemudian klik butang " DAFTAR SEKARANG ".

 tonexpress.com


3. Anda akan dibawa ke halaman borang pendaftaran. Isi maklumat anda pada semua tempat kosong. [PENTING : Anda mesti hafal Username & Password anda untuk log in ke halaman ahli pada bila-bila masa]

 tonexpress.com


4. Baca terma & syarat. Kemudian klik butang " Hantar Pendaftaran ".

 tonexpress.com


5. Pendaftaran anda telah berjaya. Semak email anda untuk sahkan pendaftaran anda.

 tonexpress.com


6. Log in Username & Password yg anda isi semasa pendaftaran tadi.

 tonexpress.com


7. Anda akan dibawa ke halaman ahli. Sekarang anda adalah ahli percuma. Web replika anda belum diaktifkan.

 tonexpress.com


8. Untuk mengaktifkan web replika anda dikehendaki membuat pembayaran RM10 saja ke akaun Admin seperti gambar dibawah.

 tonexpress.com


9. Selesai membuat pembayaran, klik " PENGESAHAN PEMBAYARAN ".

 tonexpress.com


10. Isi borang pengesahan pembayaran seperti gambar dibawah.

 tonexpress.com


11. Klik " Hantar Borang ". Kemudian sms maklumat pembayaran ke nombor telefon Admin. 

 tonexpress.com


Selesai sudah langkah-langkah mudah mendaftar web tonexpress. Admin akan memaklumkan pengesahan pembayaran anda melalui email. Setelah web replika anda diaktifkan, anda sudah boleh mula promosikan web tersebut. 

Contoh web replika : tonexpress.com/daftarRM10


Anda boleh log in ke halaman ahli pada bila-bila masa untuk menyemak ewallet, jumlah & senarai tajaan, & mengeluarkan wang tunai. OK, sampai disini saja cara daftar web tonexpress.com. Selamat menaja dengan tonexpress. :-)





3 Sebab Utama Azizi Ali Sertai Tone Excel.

3 Sebab Utama Azizi Ali Sertai Tone Excel.



Siapa Azizi Ali? Nama yang tak perlu diceritakan panjang lebar latar belakangnya. Anda taip saja nama "Azizi Ali" di Google, beribu informasi tentang profile Azizi Ali. Secara ringkasnya, Azizi Ali adalah seorang mentor kewangan peribadi yg telah menulis lebih 30 buah buku mengenai kewangan dalam Bahasa Melayu & Inggeris. 

Beliau sudah ada bisnes beliau sendiri yg menjana 5 angka setiap bulan. Tetapi kenapa beliau masih sertai bisnes sen-sen Tone Excel ini? Dan beliau juga mengesyorkan klien-kliennya menyertai Tone Excel. Ada banyak sebab kenapa Azizi Ali sertai Tone Excel. Disini ada 3 sebab utama Azizi Ali sertai Tone Excel.


1. Mudah.

Bisnes telekomunikasi ini adalah mudah. Hanya guna handphone seperti biasa, topup seperti biasa & ajak rakan menggunakan simkad ini juga. Rakan anda juga akan duplikasi cara ini. Tidak perlu buat benda yg pelik-pelik. Itu saja.


2. Pasaran yang luas.

Semua orang menggunakan handphone. Dari budak sekolah hingga ke warga emas. Dan jika kita masukkan rakyat asing yg tinggal di Malaysia, target market pengguna handphone mencecah 30 juta! Ini jumlah yang amat besar sekali yang bermakna peluangnya amat cerah.


3. Modal yang rendah.

Kebanyakan bisnes biasanya memerlukan modal yang besar, yg selalunya masuk ribuan dan malah puluhan ribu ringgit. Sebagai contoh, jika anda ingin membuka kedai handphone. Jumlah modal keseluruhan hampir RM50,000. Tak ramai orang yg dapat mengeluarkan modal sebegitu banyak untuk memulakan perniagaan. RM90 hanya boleh dapat lesen perniagaan saja.

Tetapi di Tone Excel, dengan RM90 anda sudah boleh memulakan bisnes telekomunikasi. Tanpa perlu ada kedai sendiri. Semua orang mampu keluarkan jumlah tersebut.


Inilah 3 sebab utama Azizi Ali sertai Tone Excel. Jika beliau yg sudah berpendapatan besar berpandangan jauh tentang potensi bisnes sen-sen ini, mengapa kita tidak. Sesungguhnya bisnes Tone Excel ini dapat menyelesaikan masalah kewangan anda dengan usaha & ilmu yg betul.





Join Tone Excel Dengan Modal RM10.

Join Tone Excel Dengan Modal RM10.



Untung ahli baru sekarang. Mana taknya, ada modal RM10 je pun dah boleh join Tone Excel. Dulu saya nak join Tone Excel wajib keluar modal RM90. Baru-baru ni seorang sahabat saya ada mencipta Sistem baru iaitu Website tonexpress.com. Website inilah yg membantu ahli-ahli baru yg kekurangan modal utk join Tone Excel.






Website Tonexpress.com

Caranya adalah dengan mendaftar dan upgrade RM10 utk dapatkan web promosi tonexpress.com. Kemudian tugas anda promosikan link web anda tersebut, ajak rakan-rakan upgrade RM10 melalui link web anda. Komisen RM10 tersebut akan dicatatkan dalam ewallet tonexpress.com anda. Anda promosi saja sampai komisen terkumpul cukup RM90 anda ambil langkah upgrade jadi ahli rasmi Tone Excel. 

Untuk jadi ahli rasmi baca Cara Daftar Simkad Tone Excel.

Selepas tu, anda teruskan saja usaha promosi link web anda dan anda masih boleh menjana pendapatan tambahan dengan web tonexpress.com ini. Komisen terkumpul seterusnya anda boleh tebus dengan simkad FREE atau cash money. Kalau anda perasan web tonexpress.com ni guna konsep affiliate. Saya memang suka affiliate hehe.

Jadi, disini anda dapat menjana 4 jenis pendapatan iaitu 3 bonus yg disediakan oleh Tone Excel sendiri iaitu bonus Fast Track, bonus Topup, dan bonus Tahunan. Satu lagi pendapatan affiliate dari tonexpress.com. Terima kasih Admin tonexpress.com. 

Disamping tu, FB support group juga disediakan iaitu Group Tone Excel RM10 . Group ni sangat membantu berkongsi pendapat tentang ilmu pemasaran. Ilmu paling penting. Kalau produk power tapi takde ilmu memang bisnes kita masih paras yg sama saja. Jadi mesti ada ilmu.


Sampai disini saja perkongsian saya. Kalau anda masih blur anda boleh rujuk disini tonexpress.com. Fahamkan dulu marketing plan. Dah faham boleh ambil langkah upgrade tak mahal pun RM10 semua orang mampu kalau nak dibandingkan dengan pulangan yg anda akan terima. 

Tutorial cara daftar web tonexpress klik sini.


11 Sebab Kenapa Tone Excel Adalah Bisnes Terbaik.

11 Sebab Kenapa Tone Excel Adalah Bisnes Terbaik.




Selamat Sejahtera rakan-rakan saya di alam maya. Sebenarnya ramai dah tahu pasal bisnes Tone Excel ni dan kelebihan-kelebihannya. Tapi masih masih memandang remeh sebabnya "Alaaaa.... Bisnes simkad je pun. Untung sen-sen. Baik aku jual kayu balak lagi cepat kaya.","Aku topup rm20 je sebulan.. Tak rugi apa-apa lah setakat rm20 tu.". Jadi ditingalkanlah peluang buat duit yg simple tapi boleh memberi impact yg besar pada jangka masa panjang.

So, saya terpanggil untuk berkongsi kenapa bisnes Tone Excel adalah model bisnes yg terbaik. Ada 11 sebab yg saya boleh himpunkan setakat ini. Antaranya ialah :-

1. Produk keperluan ramai 

- Populasi pengguna handphone di Malaysia adalah melebihi 37 juta pengguna dimana kalau kita lihat penggunaan handphone sudah menjadi perkara wajib dan bukan lagi perkara pelik di zaman sekarang ni. Adalah pelik di zaman sekarang kalau ada orang yg tak menggunakan handphone., ternyata di zaman sekarang handphone menjadi keperluan ramai.

2. Tiada maintain bulanan 

- Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan bahkan sepanjang masa orang gunakan handphone. Bila mereka guna maka mereka akan topup atau bayar bil dan statistik menunjukkan purata penggunaan handphone setiap bulan sebanyak rm60. Dalam program TTTE ini minima penggunaan untuk melayakkan dapat bonus adalah rm20 maka tiada maintain diperlukan.

3. Tak perlu servis 

- Pengguna beli simkad melalui kita dan bila mereka nak topup mereka hanya pergi ke mana-mana kedai, stesen minyak, seven eleven, hypermarket atau online banking untuk topup. Mereka tak perlu jumpa kita setiap masa untuk topup, inilah yg dikatakan tak perlu servis.

4. Tak perlu ingatkan pelanggan 

- Apabila seseorang menggunakan handphone dan kredit mereka habis tahulah mereka bila dan dimana nak topup handphone mereka. Tak perlu kita ingatkan mereka setiap bulan untuk topup handphone mereka. Mereka guna bila habis tahulah mereka nak topup.

5. Hanya perlu jual sekali 

- Kita bukan jual topup, kita hanyalah pengedar simkad. Kalau jual topup jual sekali untung sekali tapi kalau jual simkad keuntungan sepanjang masa selagi mereka guna handphone dan topup.

6. Keuntungan berkali-kali 

- Produk yg begitu mudah untuk dijual dengan hanya sekali tetapi keuntungan berkali-kali tanpa perlu kita jumpa pembeli tadi. Mereka boleh topup dimana-mana sahaja dan kita yg berada di rumah tak pasal-pasal dapat duit tiap-tiap bulan secara pasif.

7. Potensi pendapatan berganda 

- Pendapatan kita bukannya berdasarkan kepada kelayakan akdemik tetapi berdasarkan usaha kita semakin kita berusaha menaja maka semakin meningkatlah pendapatan bulanan kita. Dalam bisnes ini kenaikan gaji bukannya setahun sekali tetapi 12 kali setahun dengan 3X gaji setiap bulan.

8. Modal sangat rendah 

- Jika kita mahu berniaga jual topup atau buka kedai handphone modalnnya sangat besar tetapi dengan menjadi pengedar simkad TTTE modal kita hanyalah rm90 seumur hidup sebagai lesen untuk berniaga modal selebihnya hanyalah handphone kita.

9. Mudah dijalankan 

- Sebagai pengedar simkad produk kita hanyalah simkad yg boleh dimasukkan ke dalam poket seluar. Kita boleh berniaga secara bergerak kerana kita takde pejabat dan tak perlukan kedai untuk melakukan jualan. Dimana-mana sahaja boleh buat jualan dan tak memerlukan banyak perkara hanya bermodalkan handphone, simkad, pamplet, brouser, dan borang sudah lengkap aktiviti perniagaan kita. 

10. Tak perlu kerja lama 

- Jika kita menyertai bisnes lain kita terpaksa bekerja setiap masa untuk mendapatkan pendapatan tetapi berlainan dengan bisnes TTTE kita boleh buat target pendapatan kita setiap bulan dan kita bekerja ke arah itu. Potensi pendapatan yg dijanjikan dalam program ini sungguh menarik dan lumayan.

11. Pendapatan boleh diwarisi 

- Pendapatan yg kita perolehi dari bonus fast track dan bonus 3 level kita boleh diwarisi kepada anak, isteri, dan saudara-mara jika sekiranya apa-apa berlaku kepada kita. Inilah satu perniagaan hebat yg dapat memberikan pencen kepada ahli keluarga kita.

Inilah serba sedikit sebab-sebab bisnes Tone Excel adalah model bisnes terbaik. Bukanlah bermaksud jika anda seorang Taukeh balak, Taukeh hartanah, Kontraktor, atau Taukeh apa-apa pun anda tak perlukan bisnes sen-sen ni. Anda perlukan bisnes ni sebagai 'backup plan' kewangan anda dan family anda. Kesimpulannya, bisnes telekomunikasi ni sesuai untuk semua golongan selagi mereka guna handphone. Kalau mereka tak guna handphone jangan promote TTTE pada mereka ok hehe... Sampai disini sahaja perkongsian saya, kita berjumpa lagi, wasalam...

Masih diawang-awangan lagi? Baca Ebook PERCUMA ni dulu.













Kelebihan Simkad Tone Excel.

Kelebihan Simkad Tune Talk Tone Excel.





Selamat bertemu kembali kepada tuan/puan yg sudi singgah di Blog saya. Kali ni saya nak share kelebihan simkad magic TuneTalk ToneExel (TTTE). Yg pasti kelebihan ini takde pada simkad-simkad lain. Kalau anda guna simkad lain apa yg anda akan dapat cuma sms,call dan internet. Kadang-kadang dapatlah percuma sms dan call. Itu saje. Dengan simkad magic TTTE semuanya anda boleh dapat percuma. Eh confidentnya saya cakap macam tu. Memang confidentlah sebab saya dah rasa.

Dengan simkad magic TTTE anda dapat :-

-Dapat PERCUMA PA Insurans bernilai RM100K.
-Dapat PERCUMA tiket kapal terbang Air Asia. [kumpul point]
-Dapat PERCUMA Handphone.[kumpul point]
-Dapat PERCUMA kredit panggilan.[kumpul point]
-Dapat buat bisnes tanpa keluar modal.
-Peluang dapat topup PERCUMA setiap bulan.
-Peluang menang cabutan bertuah sebanyak RM200.
-Peluang menunaikan umrah secara PERCUMA.
-Dapat DISKAUN jika menetap di Tune Hotel.
-Peluang jana pendapatan pasif setiap kali pengguna isi topup, anda akan dapat komisen sehingga 26% dalam bentuk wang tunai walaupun anda tak jual topup.[boleh diwariskan]

Info lengkap klik -----> SINI
                           




Ini baru kelebihan asas. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan tersembunyi yg akan saya terangkan pada artikel akan datang. Kalau anda dah join anda akan rasa sendiri sebenarnya banyak yg PERCUMA dalam TTTE ni. Semoga perkongsian kali ini membuka sedikit minda anda. Sama-sama kita sedar untuk berubah menjadi pengguna bijak bukan pengguna setia disamping mencipta pendapatan pasif seumur hidup.
Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya. Sekian, Terima kasih.

Pembayaran komisen Tone Excel baca DISINI.

Dapatkan simkad Tone Excel DISINI.









Bisnes Telekomunikasi Kalis Ekonomi.

Bisnes Telekomunikasi Kalis Ekonomi.




Kita bersambung tentang artikel saya yg terdahulu. Kali ini saya nak kongsikan dengan rakan-rakan tentang bisnes yg boleh buat pasif income ni. Nama program ni TuneTalk ToneExcel (TTTE). Mesti anda pernah dengar kan? Tapi buat-buat tak dengar. Nasihat saya jangan buat-buat tak dengar.




Tune Talk Tone Excel.



Dulu saya pun buat-buat tak dengar juga. sibuk cari bisnes yg boleh cepat kaya, nak kerja senang tapi last-last habuk pun takdak. Hot sekejap je lepas tu terus senyap. Tu semua bisnes bermusim je. Tapi TTTE ni bukan bisnes bermusim. Sebab apa? Sebab semua orang guna handphone. Ini adalah bisnes telekomunikasi. Nilai pasaran telekomunikasi takkan susut, permintaan tinggi, dan ini adalah produk keperluan harian bukan produk yg sia-sia!!!..



Sebelum anda nak percaya cakap saya anda pergi Google cari siapa orang no.1 terkaya di dunia. Saya tolong bagitahu sambil-sambil anda Google. Namanya Carlos Slim Hellu. Bisnes dia kad topup bisnes dia sen-sen je beb dan market dia hanya di Mexico je. Anda kenal Bill Gate? Bisnes dia Software/Window dan market dia satu dunia. semua orang guna window/software kan. Tapi dia hanya dapat tempat kedua orang terkaya di dunia. Nampak tak? Ini bermakna hari-hari orang guna handphone, hari-hari orang topup.



Dan saya nak cerita dalam Malaysia pula. Bos Maxis, Celcom, dan Digi adalah antara orang terkaya di Malaysia. Dan barulah diikuti orang-orang lain dari bidang lain. Ini bermakna Bidang Telekomunikasi adalah bisnes no.1 in the world!!!..



Jadi kesimpulannya, anda berjinaklah dengan bisnes telekomunikasi ni. Sebab TTTE dah bagi peluang orang biasa-biasa macam kita untuk dapat pasif income macam jutawan-jutawan telekomunikasi ni. Bukannya anda kena bina menara pencawang sendiri pun, keluar modal sampai berbilion untuk segala maintenaince. Anda cuma kena keluarkan modal RM90 je korang dah boleh jadi pemilik bisnes telekomunikasi.



Diharap perkongsian kali ini membuka sedikit minda kesedaran anda untuk bekerja keras mencipta pendapatan pasif seumur hidup. Sampai disini sahaja artikel saya kali ini. Cerita kita belum habis lagi. Ada sambungan lagi. Saya akan cerita lebih detail lagi tentang TTTE ni dari sudut pandangan saya sendiri. Sementara tunggu sambungannya anda boleh usha-usha dulu detail bisnes TuneTalk ToneExcel disini