5 Tips Memilih Bisnes. | Blog Tone Excel 1 Malaysia

5 Tips Memilih Bisnes.

5 Tips Memilih Bisnes.



Bila bercerita tentang bisnes, memang sangat luas utk kita terokai. Akan tetapi, seluas mana pun pengetahuan anda tentang bisnes, ianya bermula dari asas juga. Sifu-sifu bisnes juga banyak melakukan perkara asas dalam bisnes mereka. So, why not anda yg newbie juga mesti tahu perkara asas ini supaya tak melakukan banyak kesilapan. 

Jika anda berminat & baru nak memulakan bisnes, anda perlu memilih bisnes apa yg anda nak buat. Ada beberapa tips memilih bisnes jika anda terlalu baru dalam dunia bisnes ini. Tips memilih bisnes ini sesuai utk golongan lepasan SPM, pelajar IPTA & IPTS, pekerja awam mahupun swasta. Pendek kata, tips memilih bisnes ini utk anda yg baru nak mulakan bisnes secara separuh masa (part time).

Ada beberapa tips memilih bisnes tapi artikel kali ini saya senaraikan 5 tips utama memilih bisnes :-


1. Ada produk
Ramai pelajar melakukan kesilapan dengan menyertai program-program skim cepat kaya, rolling money, kutu moden, dll. Dan semestinya program seperti ini tiada produk. Anda boleh tanya sendiri dengan sesiapa saja yg menawarkan anda bisnes sama ada bisnes mereka mempunyai produk atau tak. Jika tiada produk, lebih elok anda elakkan. Dikhuatiri menimbulkan keraguan dari sumber pendapatan tersebut. Boleh rujuk kepada yg lebih pakar seperti Uztaz atau Ulama.

Jadi, jika ingin berniaga dengan yakin carilah bisnes yg ada produk.


2. Produk keperluan atau kehendak
Anda dah melepasi tips memilih bisnes yg pertama. Kini anda perlu kenalpasti produk yg anda nak niagakan adalah produk keperluan atau kehendak. Berkemungkinan menjual produk keperluan lebih mudah dari produk kehendak kerana zaman sekarang ni lebih-lebih lagi dengan pelancaran GST, rakyat Malaysia lebih berjimat cermat & kurang berbelanja untuk produk kehendak. 

Akan tetapi, tak menjadi masalah utk anda menjual produk kehendak asalkan anda tahu di mana anda nak cari pelanggan yg berpotensi membeli produk anda. Boleh cuba lakukan validasi.


3. Modal rendah
Ya, jika anda sangat baru utk memulakan bisnes, faktor ini anda mesti fikirkan. Cari bisnes yg memerlukan modal yg sangat minima. Mulakan saja sebagai agen dropship. Bila bisnes semakin maju boleh laburkan modal utk menyimpan stok.


4. Terbukti ada orang kaya & berjaya dengan bisnes tersebut
Jika niat anda berbisnes sekadar lepas bayar bil-bil & hutang-piutang, anda boleh abaikan tips ini. Jika anda nak lebih dari ini, anda boleh kaji ada tak sesiapa yg sudah jadi kaya & berjaya dengan bisnes yg anda ceburi. Jika ada, anda boleh jadikan mentor. Belajar jadi kaya & berjaya dalam masa yg singkat dari mentor tersebut. Tips memilih bisnes ini pernah ditekankan oleh Tuan Faisal Abdullah


5. Menawarkan pendapatan aktif & pasif
Anda perlu faham apa itu pendapatan aktif & pasif. 

Pendapatan aktif - Pendapatan terhasil bila ada jualan. 1 kali jualan, 1 kali pendapatan. Jika tiada jualan, maka tiada pendapatan.

Pendapatan pasif - Ini adalah bonus yg disediakan oleh sesetengah syarikat. Pendapatan pasif terhasil dari jualan aktif yg anda pernah lakukan. Anda tak perlu lagi follow up pelanggan terdahulu. Setiap belian ulangan dari pelanggan terdahulu, beberapa persen keuntungan akan menjadi milik anda.


Anda dah tahu 5 tips utama memilih bisnes. Dah jumpa bisnes idaman anda?

Tak perlu pilih bisnes yg grand sangat. Mulakan bisnes dengan apa yg ada. Jangan bertangguh. Jika anda perasan 5 tips memilih bisnes ini ada pada bisnes Tone Excel. Anda bebas memilih. Pilihan ditangan anda. Berniaga utk mengurangkan hutang bukan menambah hutang, ok. :-)

Baca juga Agen Topup Murah Komisen Tinggi.





SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan: