Blog Tone Excel 1 Malaysia - komisen Blog Tone Excel 1 Malaysia: komisen - All Post
Memaparkan catatan dengan label komisen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komisen. Papar semua catatan

4 Cara Memaksimakan Komisen Tone Excel Anda.

4 Cara Memaksimakan Komisen Tone Excel Anda.



Pada tarikh saya menulis artikel ini, sudah genap 8 bulan saya berada dalam Tone Excel ini. Berbagai cara telah saya gunakan untuk memaksimakan komisen Tone Excel saya. Pelbagai ujikaji telah dilakukan & ternyata cara ini terbukti berkesan dalam memaksimakan Komisen Tone Excel saya.

4 cara memaksimakan komisen Tone Excel ini sesuai untuk anda yg baru mahupun sudah lama dalam Tone Excel ini. Saya sampaikan dalam bahasa yg ringan & mudah untuk difahami. Kita mulakan dengan cara yg paling mudah dulu.


4 Cara Memaksimakan Komisen Tone Excel Anda.



1) Menggunakan web replika tonexpress.com.
Web replika tonexpress.com bukan seperti web replika yg biasa anda guna. Dengan web replika tonexpress.com, anda boleh menjana pendapatan sampingan. Anda hanya perlu daftar tonexpress.com & upgrade VIP member. Setiap kali ahli lama atau baru yg daftar melalui web replika tonexpress.com anda & upgrade VIP member, anda akan terima komisen RM10/orang. Jika ada rezeki, anda akan dapat downline percuma saja.

Baca artikel ini :-


2) Menjadi agen topup.
Ada sesetengah ahli Tone Excel cakap "Kita tak payah jual topup. Tak jual topup pun kita dapat komisen topup juga". Ini saya tak setuju. Bagaimana dengan ahli yg baru nak merangkak. Komisen baru berapa je kan. Jadi, jika anda ahli baru mahupun lama, anda boleh guna cara ini. Ahli Tone Excel sudah ada kelebihan rebate 3% dari jumlah topup sendiri. Apa salahnya kita kurangkan lagi jumlah topup & memaksimakan komisen topup dengan menjadi agen topup. Boleh juga jual topup dengan saudara, rakan-rakan, & sesama ahli Tone Excel.



3) Menggunakan sistem auto topup Tone Excel.
Ini juga adalah kelebihan menjadi ahli Tone Excel. Jika anda menggunakan sistem auto topup yg disediakan oleh Tone Excel, anda akan terima rebate 7% dari rebate asal 3%. Syarat untuk menggunakan sistem auto topup, komisen topup anda sudah maintain RM100 keatas tiap-tiap bulan.



4) Buka 3 akaun Tone Excel (cucuk sate).
Seorang ahli Tone Excel dibenarkan membuka maksima 10 akaun. Jadi, tak menjadi satu masalah jika anda nak buka 3 akaun untuk memaksimakan komisen Tone Excel anda. Anda buka 3 akaun S1,S2, & S3 atas nama anda (lihat gambar dibawah). Anda hanya kembangkan downline pada akaun S3 anda saja. Jika anda topup ketiga-tiga akaun RM60, anda boleh mengaut komisen sehingga 78%. Untung besar bukan?

Cara ini dah banyak kali Sifu Mazelan Abas tekankan. Sebab tu pendapatan beliau boleh mencecah hampir 1 juta dalam 5 tahun.




Anda rasa susah tak nak buat 4 cara memaksimakan komisen Tone Excel ini? Saya rasa tak susah. Semua orang mampu buat. Kalau nak kata susah, Sifu Mazelan Abas lagi susah nak dapatkan 400 downline dalam 2 tahun. 

Jangan banyak alasan, buat aje.. ok..




Akaun Bank Yang Boleh Digunakan Untuk Bisnes Tone Excel.

Akaun Bank Yang Boleh Digunakan Untuk Bisnes Tone Excel.



Tone Excel adalah bisnes yg realistik. Kenapa saya kata realistik?

OK begini, sebelum saya berkenalan dengan Tone Excel saya pernah hanyut dengan program-program yg entah apa-apa entah. Sebab masa tu saya masih jahil bab bisnes. Tak perlulah saya sebutkan nama-nama bisnes ni. Anda boleh lihat sendiri di Facebook, macam-macam program skim cepat kaya, rolling money, kutu moden, duduk diam dapat duit, & yg seumpamanya.

Model-model bisnes seperti ini biasanya ada admin & website. Tapi tiada langsung pemberian komisen yg dibank in ke akaun bank anda oleh pihak admin. Hanya ewallet saja yg anda boleh lihat di website tersebut. Komisen tersebut tidak realistik.

Bagaimana nak keluarkan ewallet tersebut menjadi cash money?

Anda mesti menaja downline. Anda hanya mengutip komisen dari yuran-yuran yg dibayar oleh downline-downline anda. Nampak? Tiada langsung pembayaran komisen yg di bank in ke akaun bank anda oleh pihak admin.

Begitulah cara model bisnes seperti ini. Kadang-kadang anda tak perasan. Nama company je bertukar tapi sistem tetap sama.



Bisnes Tone Excel Memang Realistik.


Berbalik kepada bisnes Tone Excel, komisen yg anda dapat akan dipaparkan di ewallet anda. Setiap 11hb, 21hb, & 30/31hb, komisen yg anda lihat di ewallet tersebut akan di bank in terus ke akaun bank anda oleh pihak Tone Excel.

Nampak? Inilah yg saya maksudkan bisnes Tone Excel adalah realistik. Semua komisen dibayar oleh Tone Excel selaku admin bukan hasil kutipan yuran dari downline-downline.

Baca maklumat penuh Komisen Tone Excel disini.


Akaun Bank Yang Boleh Digunakan Untuk Bisnes Tone Excel.


Ini yg istimewa tentang Tone Excel. Hampir semua bank di Malaysia ini boleh digunakan untuk bisnes ini. Jika anda hanya ada akaun BSN saja, anda layak untuk sertai Tone Excel. Lihat senarai akaun bank yg boleh digunakan untuk bisnes Tone Excel dibawah ini.



Cuba anda lihat senarai bank diatas, ada tak akaun bank anda? Kalau ada anda layak sertai bisnes Tone Excel ini. Lihat juga gambar bukti dibawah yg menunjukkan komisen di bank in ke akaun bank saya oleh Tone Excel sendiri.



OK tak? Barulah realistik kan. Belum pernah lagi saya guna mana-mana Telco, saya diberi penghargaan begini. Kini saya lebih dihargai. Saya sangat bersyukur. Amin...