Blog Tone Excel 1 Malaysia - tone excel Blog Tone Excel 1 Malaysia: tone excel - All Post
Memaparkan catatan dengan label tone excel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tone excel. Papar semua catatan

Akaun Bank Yang Boleh Digunakan Untuk Bisnes Tone Excel.

Akaun Bank Yang Boleh Digunakan Untuk Bisnes Tone Excel.



Tone Excel adalah bisnes yg realistik. Kenapa saya kata realistik?

OK begini, sebelum saya berkenalan dengan Tone Excel saya pernah hanyut dengan program-program yg entah apa-apa entah. Sebab masa tu saya masih jahil bab bisnes. Tak perlulah saya sebutkan nama-nama bisnes ni. Anda boleh lihat sendiri di Facebook, macam-macam program skim cepat kaya, rolling money, kutu moden, duduk diam dapat duit, & yg seumpamanya.

Model-model bisnes seperti ini biasanya ada admin & website. Tapi tiada langsung pemberian komisen yg dibank in ke akaun bank anda oleh pihak admin. Hanya ewallet saja yg anda boleh lihat di website tersebut. Komisen tersebut tidak realistik.

Bagaimana nak keluarkan ewallet tersebut menjadi cash money?

Anda mesti menaja downline. Anda hanya mengutip komisen dari yuran-yuran yg dibayar oleh downline-downline anda. Nampak? Tiada langsung pembayaran komisen yg di bank in ke akaun bank anda oleh pihak admin.

Begitulah cara model bisnes seperti ini. Kadang-kadang anda tak perasan. Nama company je bertukar tapi sistem tetap sama.



Bisnes Tone Excel Memang Realistik.


Berbalik kepada bisnes Tone Excel, komisen yg anda dapat akan dipaparkan di ewallet anda. Setiap 11hb, 21hb, & 30/31hb, komisen yg anda lihat di ewallet tersebut akan di bank in terus ke akaun bank anda oleh pihak Tone Excel.

Nampak? Inilah yg saya maksudkan bisnes Tone Excel adalah realistik. Semua komisen dibayar oleh Tone Excel selaku admin bukan hasil kutipan yuran dari downline-downline.

Baca maklumat penuh Komisen Tone Excel disini.


Akaun Bank Yang Boleh Digunakan Untuk Bisnes Tone Excel.


Ini yg istimewa tentang Tone Excel. Hampir semua bank di Malaysia ini boleh digunakan untuk bisnes ini. Jika anda hanya ada akaun BSN saja, anda layak untuk sertai Tone Excel. Lihat senarai akaun bank yg boleh digunakan untuk bisnes Tone Excel dibawah ini.



Cuba anda lihat senarai bank diatas, ada tak akaun bank anda? Kalau ada anda layak sertai bisnes Tone Excel ini. Lihat juga gambar bukti dibawah yg menunjukkan komisen di bank in ke akaun bank saya oleh Tone Excel sendiri.



OK tak? Barulah realistik kan. Belum pernah lagi saya guna mana-mana Telco, saya diberi penghargaan begini. Kini saya lebih dihargai. Saya sangat bersyukur. Amin...




Best Sangat Ke Tone Excel Ni?

Best Sangat Ke Tone Excel Ni?



Bukan seorang dua, dah ramai kenalan saya yg tanya saya,

"Best sangat ke Tone Excel ni?".

"Best sangat ke Tone Excel ni bro?".

"Tak bosan ke asyik-asyik Tone Excel je?".


Kenapa mereka tanya saya soalan macam tu? Jawapannya, mereka tak minat bisnes. Saya sangat-sangat kenal kawan-kawan saya. Sebab dari dulu lagi jika saya promosi apa-apa bisnes pun, mereka takkan berminat. Saya tak salahkan mereka. Minat tak boleh dipaksa.

Kenapa dalam banyak-banyak bisnes, saya memilih Tone Excel? Best sangat ke Tone Excel ni? Sebenarnya saya ada buat beberapa bisnes kecil-kecilan yg lain. Bukanlah saya hanya taksub pada Tone Excel saja.

Ini adalah jawapan saya bila ditanya best sangat ke Tone Excel ni. 


5 sebab yang BEST tentang Tone Excel.


1) Setiap kali topup saya dapat point.
Ya, setiap kali topup saya akan dapat point. Point tersebut saya kumpul & boleh ditebus dengan tiket kapal terbang & handphone. 

Baca selanjutnya disini 3 Tips Dapatkan Handphone Percuma.


2) PA insurans RM100K percuma.
Setiap bulan saya topup RM50. Dan setiap bulan juga saya dilindungi PA insurans bernilai RM100K percuma je. Saya tak mempunyai masalah untuk topup RM50. Jadi, adalah lebih baik saya menggunakan simkad Tone Excel yg ada kelebihan PA insurans percuma.



3) Tone Excel adalah bisnes sebenar (real bisnes).
Masalah pada orang Melayu kita, cepat terpengaruh dengan program skim cepat kaya yg tak tahu hujung pangkal, dari mana datang untung, takde produk pula tu, hanya letak duit duduk diam dapat duit. Sedangkan Tone Excel menawarkan produk keperluan yg setiap orang guna.


4) Pendapatan pasif seumur hidup.
Inilah yang paling BEST tentang Tone Excel. Setiap nilai topup yg rangkaian kita belanjakan, kita akan terima komisen selagi mereka guna simkad hingga ke akhir hayat.


5) Pendapatan boleh diwarisi.
Ini juga adalah antara sebab paling BEST tentang Tone Excel. Andaikata saya tidak panjang umur, kesemua pendapatan saya akan diwariskan kepada anak & isteri saya. Sekurang-kurangnya waris saya tidak merempat & masih mempunyai sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan.


5 sebab yang BEST tentang Tone Excel ini adalah mengikut persepsi saya sendiri. Dan saya sangat selesa menggunakan simkad Tone Excel. Saya tak perlukan unlimited internet tapi unlimited income. Itu sudah cukup BEST bagi saya.





Tone Excel Banting - Dengkil.

Tone Excel Banting - Dengkil.



Semua orang suka membeli. Membeli dipengaruhi oleh keperluan & kehendak. Ada orang suka membeli di kedai & ada orang suka membeli dengan orang perseorangan. 


Ada pro & cons disini. Mungkin produk di kedai lebih murah & lebih pilihan dari membeli dengan orang perseorangan. Dan ada juga orang yg suka survey harga dulu antara di kedai & orang perseorangan.


Disini saya ingin kategorikan 2 cara orang membeli iaitu :-

1) COD (Cash on Delivery)
2) Online

1) COD (Cash on Delivery).

Orang suka membeli dengan cara COD sebab boleh jumpa penjual & boleh pegang produk dulu sebelum membeli. Jika berpuas hati boleh terus bayar & bawa balik produk.

2) Online.

Golongan yg biasa membeli secara atas talian (online) adalah dari golongan yg bekerjaya. Kadang-kadang mereka tiada masa nak window shopping. Jadi mereka hanya perlu bank in pada penjual & produk akan di pos terus ke alamat rumah pembeli.


Cara Order Simkad Tone.


Dalam bisnes Tone Excel, anda boleh dapatkan simkad secara online & COD. Sama juga seperti membeli produk lain, jika anda ada masa anda boleh COD. Jika tiada masa, anda boleh order secara online.


Baca juga Cara Daftar Simkad Tone Excel.




Tone Excel Banting - Dengkil.


Jika anda tinggal di area Banting - Dengkil, anda boleh COD terus dengan saya. Hubungi nombor telefon 012-6954181(Amirul). 


Saya juga menyediakan khidmat poslaju jika anda tinggal jauh dari Banting - Dengkil. Seterusnya menjadi agen pengedar simkad Tone Excel di Daerah anda. Anda boleh order secara online.


Sms/Call/Whatsapp : 012-6954181







Baca juga Cara Daftar Simkad Tone Excel.

Nak jadi Agen Topup Murah Komisen Tinggi? Klik sini.


Internet Murah 1GB RM2.

Internet Murah 1GB RM2.


Pernah tak anda nampak iklan gambar seperti dibawah di Facebook?



Data internet murah 1GB RM2 je. Mesti pernah nampakkan? 

Kalau anda belum pernah nampak, saya nak beritahu iklan ini semestinya dari ahli Tune Talk Tone Excel. Pelan Tone Excel ni banyak menggunakan sifir. Pada zahirnya nampak mahal tapi bila dikira menggunakan sifir nampak murah & menguntungkan.

Jika anda lihat pelan data dibawah menunjukkan data internet untuk 1GB adalah RM42.



Jadi, macam mana boleh dapat internet 1GB RM2Mari saya tunjukkan sifir bagaimana boleh dapat internet 1GB RM2.

Untuk dapatkan internet 1GB RM2, anda mesti beli 2 keping topup RM50 = RM100. Isi topup tersebut pada handphone anda. 

Kini, anda bukan dapat kredit RM100 tapi RM140 kerana topup RM50 percuma RM20 kredit.

Langgan data internet 1GB = RM42.

RM140 - RM42 = RM98

Anda masih ada baki kredit berjumlah RM98.

Anda keluarkan duit untuk topup hanya RM100. Selepas langgan data internet 1GB anda masih ada baki kredit RM98.

RM100 - RM98 = RM2/

Jadi, data internet yg menggunakan duit anda sendiri adalah RM2 saja.
Baki kredit RM98 tu anda boleh gunakan untuk call, sms, atau langgan data internet untuk bulan depan pula.


Begitulah sifir untuk dapatkan internet murah 1GB RM2. 

Ada yg akan tanya "Mak ai nak kena topup RM100 pula.. Simkad aku yg sekarang ni aku topup RM20-RM30 je".

Jawapan :-
Nak jimat atau nak untung? Nak jimat atau nak percuma?
Setiap kali anda topup anda akan terima Cashback 3% ditransfer terus ke akaun bank anda. Guna & berkongsi kelebihan simkad dengan rakan-rakan. Lama-kelamaan komisen anda akan melebihi dari jumlah topup yg anda keluarkan. kan dah percuma tu..


Tepuk dada, tanya selera..


Pasaran Tone Excel Telah Tepu?

Pasaran Tone Excel Telah Tepu?



Pada hari ini saya menulis artikel ini, ahli Tone Excel telah menjangkau 800,000 pengguna. Pengguna handphone di Malaysia sekitar 35 juta pengguna. Di Facebook saya, 70% rakan Facebook saya dah jadi pengguna Tone Excel. Iklan-iklan Tone Excel bertaburan di sekitar Newsfeed saya. Tapi, iklan-iklan tersebut tiada komen. Kalau ada komen pun dari ahli sendiri. Adakah pasaran Tone Excel telah tepu?


Pasaran Tone Excel telah tepu?

Adakah pasaran Tone Excel telah tepu? Ada leader-leader menyedapkan hati downline masing-masing dengan mengatakan "Kita ada 35 juta pengguna handphone. Pasaran kita masih luas". Betul ke pasaran Tone Excel masih luas? 

Kini, giliran saya untuk memberikan pendapat dari sudut yg berbeza.

Dalam asas bisnes, perkara pertama sekali mesti ada PELANGGAN. Jika anda sudah ada produk tapi masih belum berjaya mendapatkan pelanggan bermakna anda belum memiliki bisnes. Bagaimana untuk dapatkan pelanggan dalam bisnes Tone Excel ni? Akan saya kupas dalam artikel ini.

Perkara utama, anda perlu fahami masalah pelanggan. Anda perlu faham bukan semua orang minat berniaga. Walau anda ceritalah betapa ruginya mereka guna Telco lama yg tidak memberi duit & pelbagai kelebihan, jika mereka tak minat berniaga memang mereka takkan guna simkad Tone Excel ini. Mereka hanya minat jadi pengguna saja tanpa memikirkan pasal bisnes. Mereka minat bersosial dalam Facebook, Instagram, Whatsapp, main game online, dll.

Ada juga golongan yg tak berapa guna handphone. Penggunaan topup bulanan sekitar RM5-RM10 saja. Bila mereka dikenalkan dengan simkad Tone Excel pasti mereka tak bersetuju dengan servis Tone Excel. Jangan paksa mereka. Tinggalkan mereka elok-elok. 

Anda dah kenalpasti masalah-masalah pelanggan. Jadi, terpulang pada anda sama ada nak terus follow up mereka atau tinggalkan mereka. 

Berbalik kepada isu pasaran Tone Excel dah tepu atau tak, ini bergantung kepada sasaran prospek anda. Anda mesti cari prospek yg betul-betul "laparkan" produk anda. 

Kenapa mesti cari prospek yg "laparkan" produk anda?
Sebabnya untuk mengelakkan anda penat melakukan pemasaran. Membazir tenaga, masa, & wang ringgit. Biasanya prospek yg "lapar" akan menyerah diri dengan rela kepada anda. Kan jimat tenaga, masa, & wang ringgit. :-)

Bagaimana nak cari prospek yg "laparkan" produk anda?
Yang pasti prospek yg "laparkan" produk anda bukanlah dari golongan yg saya sebutkan diatas tadi. 




Teknik promosi saya :-
Teruskan berblogging, menulis artikel & dapatkan ranking halaman pertama di Google.

Salah satu artikel saya yg mendapat ranking halaman pertama di Google.


Kenapa saya pilih teknik pemasaran blog?
Jawapannya, akan saya berikan dalam artikel akan datang. :-)


Jadi, pasaran Tone Excel telah tepu atau tak bukanlah isu yg besar. Tapi bagaimana cara anda memasarkan bisnes Tone Excel anda. Masalah pasaran Tone Excel tepu atau tak takkan timbul jika anda halakan iklan anda kepada sasaran yg betul. Sebesar-besar bisnes bermula dari asas iaitu "fahami masalah pelanggan".


Nak jadi Agen Topup Murah Komisen Tinggi? Klik sini.


Cara Daftar Tone Excel.

Cara Daftar Tone Excel.



Perkara pertama sekali & paling penting untuk daftar simkad Tone Excel, anda mesti dapatkan simkad Tone Excel dahulu. Anda boleh dapatkan simkad dari mana-mana Agen Tone Excel yg memperkenalkan program ini kepada anda atau yg berdekatan dengan anda. Boleh juga dapatkan simkad dengan menghubungi 012-6954181 (Amirul). 

Jika anda daftar melalui saya iaitu IDP 398620, anda boleh tuntut bonus paling meletup dengan saya DISINI.

Semasa anda membeli simkad, jangan lupa beli buku panduan sekali. Buku panduan ini akan menjadi guru ganti andaikata anda tak dapat menghubungi Upline anda apabila ada sesuatu masalah.

Buku Panduan.




Setelah anda sudah ada simkad & buku panduan, anda boleh rujuk buku panduan untuk cara daftar simkad Tone Excel. Sebelum itu, anda perlu kenal nombor S/N & nombor PUK. Nombor S/N & PUK berada di belakang cover simkad (lihat gambar).



Pendaftaran dilakukan dengan menghantar sms menggunakan mana-mana nombor telefon anda. Format sms yg perlu anda taip adalah seperti berikut :-

AD><NAMA PENUH><NO S/N><NO PUK><NO MYKAD><ALAMAT><POSKOD><IDP hantar ke 014-7057769

Contoh :-

AD ABU BIN BAKAR 80394134 78845937 800620085041 NO 1 JLN MELATI 4 TAMAN MELATI 4 KUALA LUMPUR 53100 IDP 398620

Jika anda ingin masukkan nama bank & nombor akaun atau kekal nombor lama, sila masukkan selepas poskod & diikuti nombor IDP.


Kemudian anda akan terima balasan sms yg mengatakan simkad anda sudah boleh digunakan. Anda sudah boleh tanggalkan simkad lama yg sudah lama menghabiskan duit anda kepada simkad buat duit. Untuk proses kekal nombor lama akan mengambil masa paling lama 48 jam.


Mudah saja cara daftar simkad Tone Excel jika anda dapatkan buku panduan & anda baca buku panduan tersebut. Amat jarang orang tak faham bila dah baca buku tersebut. Buku panduan tersebut dikarang oleh Tuan Mazelan Abas sendiri yg menyebabkan rangkaian beliau berkembang dengan pantas.


Langkah Pertama Setelah Mendaftar Simkad Tone Excel.

Langkah Pertama Setelah Mendaftar Simkad Tone Excel.



Persoalan utama yg akan bermain difikiran orang baru dalam Tone Excel, "Nak buat apa lepas dah daftar simkad Tone Excel?". Jika soalan ini tak henti-henti bermain difikiran anda, ini bermakna anda tak fokus & takde target dalam bisnes telekomunikasi ini. Anda hanya terpengaruh dengan ajakan kawan saja & saya jamin anda takkan lama dalam bisnes ini.

Persoalan ini takkan timbul oleh golongan yg hanya ingin jadi pengguna biasa saja. Golongan ini sebelum ini memang memperuntukkan lebih RM100 untuk penggunaan handphone. Jadi, dia rasa lebih jimat bila menggunakan talian Tone Excel sebab ada extra kredit. Golongan seperti ini memang takde masalah fokus.

Jadi, saya akan kongsikan langkah pertama yg anda harus ambil setelah mendaftar simkad Tone Excel ini. Jika anda serius dalam bisnes ini anda wajib baca artikel ini sehingga habis.


Langkah Pertama.

Setelah anda menjadi ahli Tone Excel, menjadi tanggungjawab anda untuk mendaftarkan seluruh ahli keluarga anda menggunakan talian Tone Excel ini. Ahli keluarga adalah orang paling hampir dengan anda. & kepercayaan mereka terhadap anda adalah tinggi. Jadi, mereka pasti menyokong usaha anda untuk meningkatkan ekonomi keluarga. 

Kenapa langkah pertama mesti daftarkan ahli keluarga dulu? Sebab langkah pertama ini akan memberi anda pengalaman pertama mendaftarkan ahli baru, menguruskan ahli baru, memahami pelan pemasaran dengan lebih mendalam, memahami bagaimana komisen dibayar, & lain-lain perkara teknikal. 

Dengan pengalaman pertama ini, anda boleh kongsikan dengan sahabat baik terdekat, jiran, rakan sekerja, dll. Barulah mereka akan lebih yakin dengan cara anda mengurus rangkaian. Seterusnya anda boleh kembangkan lagi pemasaran bisnes Tone Excel anda melalui internet pula.


Inilah langkah pertama anda. Anda dah mulakan atau belum? Jika belum, sila mulakan langkah pertama anda. 



Pembayaran Komisen Tone Excel.

Pembayaran Komisen Tone Excel.



Inilah salah satu kelebihan menggunakan simkad Tune Talk dikuasakan oleh Tone Excel. Semua pengguna Tone Excel layak mendapat komisen dengan syarat yg begitu mudah, iaitu maintain topup bulanan minima RM20 saja. Sebagai pengguna biasa sudah semestinya anda layak terima CashBack 3% dari jumlah topup anda setiap bulan.

Bagi anda yg serius ingin menjadikan Tone Excel sebagai bisnes anda, kiraan pembayaran komisen Tone Excel adalah seperti berikut.

Anda yg berusaha mempromosikan simkad ini, anda layak terima 3 jenis komisen :-
1) Komisen Fast Track.
2) Komisen topup.
3) Komisen tahunan.


1) Komisen Fast Track.

Setiap kali anda daftarkan ahli baru di level 1, anda layak terima komisen Fast Track RM20. Tiada had untuk anda menaja level 1 (Infiniti). Komisen Fast Track dibayar 2 kali sebulan & akan di transfer terus ke akaun bank anda. 

Jadual pembayaran komisen Fast Track :-
i) Jika anda menaja dari 1hb - 15hb, komisen akan dibayar pada hujung bulan yg sama (30hb/31hb).
ii) Jika anda menaja dari 16hb - 30hb/31hb, komisen akan dibayar pada 11hb bulan hadapan.



2) Komisen Topup.

Setiap kali rangkaian anda topup handphone di mana-mana saja tanpa berjumpa anda, anda akan terima komisen topup setiap bulan seterusnya menjadi pendapatan pasif untuk anda. Komisen dibayar sehingga 3 level & ditransfer terus ke akaun bank anda pada 21hb.

Kiraan komisen topup dibahagikan kepada 2 bahagian :-

i) Jika anda topup sebulan RM20 - RM59.90, anda akan terima komisen topup seperti berikut :-
Komisen Level 1 = 6%
Komisen Level 2 = 3%
Komisen Level 3 = 11%

ii) Jika anda topup sebulan RM60 & keatas, anda akan terima komisen topup seperti berikut :-
Komisen Level 1 = 10%
Komisen Level 2 = 3%
Komisen Level 3 = 13%


3) Bonus Tahunan.

Bonus tahunan diperkenalkan pada awal tahun 2013. Bonus tahunan dikira berdasarkan jumlah penajaan level 1 anda pada setiap bulan. Bonus akan dikumpulkan & di bank in ke akaun bank anda pada bulan Januari tahun berikutnya.

Jika anda menaja Level 1
i) 1 orang, anda akan terima bonus 5% dari jumlah keseluruhan komisen topup anda bulan itu.
ii) 2 orang, anda akan terima bonus 10% dari jumlah keseluruhan komisen topup anda bulan itu.
iii) 5 orang, anda akan terima bonus 15% dari jumlah keseluruhan komisen topup anda bulan itu.
iv) 10 orang, anda akan terima bonus 20% dari jumlah keseluruhan komisen topup anda bulan itu.


Saya harap penerangan tentang pembayaran komisen Tone Excel ini cukup lengkap. Sebarang pertanyaan sila hubungi 012-6954181.