Blog Tone Excel 1 Malaysia - simkad Blog Tone Excel 1 Malaysia: simkad - All Post
Memaparkan catatan dengan label simkad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label simkad. Papar semua catatan

Tone Excel Banting - Dengkil.

Tone Excel Banting - Dengkil.



Semua orang suka membeli. Membeli dipengaruhi oleh keperluan & kehendak. Ada orang suka membeli di kedai & ada orang suka membeli dengan orang perseorangan. 


Ada pro & cons disini. Mungkin produk di kedai lebih murah & lebih pilihan dari membeli dengan orang perseorangan. Dan ada juga orang yg suka survey harga dulu antara di kedai & orang perseorangan.


Disini saya ingin kategorikan 2 cara orang membeli iaitu :-

1) COD (Cash on Delivery)
2) Online

1) COD (Cash on Delivery).

Orang suka membeli dengan cara COD sebab boleh jumpa penjual & boleh pegang produk dulu sebelum membeli. Jika berpuas hati boleh terus bayar & bawa balik produk.

2) Online.

Golongan yg biasa membeli secara atas talian (online) adalah dari golongan yg bekerjaya. Kadang-kadang mereka tiada masa nak window shopping. Jadi mereka hanya perlu bank in pada penjual & produk akan di pos terus ke alamat rumah pembeli.


Cara Order Simkad Tone.


Dalam bisnes Tone Excel, anda boleh dapatkan simkad secara online & COD. Sama juga seperti membeli produk lain, jika anda ada masa anda boleh COD. Jika tiada masa, anda boleh order secara online.


Baca juga Cara Daftar Simkad Tone Excel.




Tone Excel Banting - Dengkil.


Jika anda tinggal di area Banting - Dengkil, anda boleh COD terus dengan saya. Hubungi nombor telefon 012-6954181(Amirul). 


Saya juga menyediakan khidmat poslaju jika anda tinggal jauh dari Banting - Dengkil. Seterusnya menjadi agen pengedar simkad Tone Excel di Daerah anda. Anda boleh order secara online.


Sms/Call/Whatsapp : 012-6954181







Baca juga Cara Daftar Simkad Tone Excel.

Nak jadi Agen Topup Murah Komisen Tinggi? Klik sini.


Cara Daftar Tone Excel.

Cara Daftar Tone Excel.



Perkara pertama sekali & paling penting untuk daftar simkad Tone Excel, anda mesti dapatkan simkad Tone Excel dahulu. Anda boleh dapatkan simkad dari mana-mana Agen Tone Excel yg memperkenalkan program ini kepada anda atau yg berdekatan dengan anda. Boleh juga dapatkan simkad dengan menghubungi 012-6954181 (Amirul). 

Jika anda daftar melalui saya iaitu IDP 398620, anda boleh tuntut bonus paling meletup dengan saya DISINI.

Semasa anda membeli simkad, jangan lupa beli buku panduan sekali. Buku panduan ini akan menjadi guru ganti andaikata anda tak dapat menghubungi Upline anda apabila ada sesuatu masalah.

Buku Panduan.




Setelah anda sudah ada simkad & buku panduan, anda boleh rujuk buku panduan untuk cara daftar simkad Tone Excel. Sebelum itu, anda perlu kenal nombor S/N & nombor PUK. Nombor S/N & PUK berada di belakang cover simkad (lihat gambar).



Pendaftaran dilakukan dengan menghantar sms menggunakan mana-mana nombor telefon anda. Format sms yg perlu anda taip adalah seperti berikut :-

AD><NAMA PENUH><NO S/N><NO PUK><NO MYKAD><ALAMAT><POSKOD><IDP hantar ke 014-7057769

Contoh :-

AD ABU BIN BAKAR 80394134 78845937 800620085041 NO 1 JLN MELATI 4 TAMAN MELATI 4 KUALA LUMPUR 53100 IDP 398620

Jika anda ingin masukkan nama bank & nombor akaun atau kekal nombor lama, sila masukkan selepas poskod & diikuti nombor IDP.


Kemudian anda akan terima balasan sms yg mengatakan simkad anda sudah boleh digunakan. Anda sudah boleh tanggalkan simkad lama yg sudah lama menghabiskan duit anda kepada simkad buat duit. Untuk proses kekal nombor lama akan mengambil masa paling lama 48 jam.


Mudah saja cara daftar simkad Tone Excel jika anda dapatkan buku panduan & anda baca buku panduan tersebut. Amat jarang orang tak faham bila dah baca buku tersebut. Buku panduan tersebut dikarang oleh Tuan Mazelan Abas sendiri yg menyebabkan rangkaian beliau berkembang dengan pantas.


Langkah Pertama Setelah Mendaftar Simkad Tone Excel.

Langkah Pertama Setelah Mendaftar Simkad Tone Excel.



Persoalan utama yg akan bermain difikiran orang baru dalam Tone Excel, "Nak buat apa lepas dah daftar simkad Tone Excel?". Jika soalan ini tak henti-henti bermain difikiran anda, ini bermakna anda tak fokus & takde target dalam bisnes telekomunikasi ini. Anda hanya terpengaruh dengan ajakan kawan saja & saya jamin anda takkan lama dalam bisnes ini.

Persoalan ini takkan timbul oleh golongan yg hanya ingin jadi pengguna biasa saja. Golongan ini sebelum ini memang memperuntukkan lebih RM100 untuk penggunaan handphone. Jadi, dia rasa lebih jimat bila menggunakan talian Tone Excel sebab ada extra kredit. Golongan seperti ini memang takde masalah fokus.

Jadi, saya akan kongsikan langkah pertama yg anda harus ambil setelah mendaftar simkad Tone Excel ini. Jika anda serius dalam bisnes ini anda wajib baca artikel ini sehingga habis.


Langkah Pertama.

Setelah anda menjadi ahli Tone Excel, menjadi tanggungjawab anda untuk mendaftarkan seluruh ahli keluarga anda menggunakan talian Tone Excel ini. Ahli keluarga adalah orang paling hampir dengan anda. & kepercayaan mereka terhadap anda adalah tinggi. Jadi, mereka pasti menyokong usaha anda untuk meningkatkan ekonomi keluarga. 

Kenapa langkah pertama mesti daftarkan ahli keluarga dulu? Sebab langkah pertama ini akan memberi anda pengalaman pertama mendaftarkan ahli baru, menguruskan ahli baru, memahami pelan pemasaran dengan lebih mendalam, memahami bagaimana komisen dibayar, & lain-lain perkara teknikal. 

Dengan pengalaman pertama ini, anda boleh kongsikan dengan sahabat baik terdekat, jiran, rakan sekerja, dll. Barulah mereka akan lebih yakin dengan cara anda mengurus rangkaian. Seterusnya anda boleh kembangkan lagi pemasaran bisnes Tone Excel anda melalui internet pula.


Inilah langkah pertama anda. Anda dah mulakan atau belum? Jika belum, sila mulakan langkah pertama anda. 



3 Tips Beli Handphone Tanpa Usik Duit Gaji.

3 Tips Beli Handphone Tanpa Usik Duit Gaji.



Pada zaman ini, agak pelik & luar biasa kalau orang tak guna handphone. Setakat guna handphone 10 inci sudah jadi perkara biasa. Kerap bertukar handphone pun dah jadi perkara biasa bagi anak-anak muda zaman sekarang. Pantang model handphone baru keluar di pasaran, mesti dia orang pertama yg berpusu-pusu nak beli kan. Sanggup ikat perut semata-mata inginkan kepuasan menggunakan handphone. Artikel kali ini saya nak kongsikan 3 tips beli handphone tanpa usik duit gaji.

3 Tips beli handphone tanpa usik duit gaji yg saya nak kongsikan ini sangat tidak membebankan anda. Tips ini santai & saya yakin anda mampu lakukannya. Anda boleh pilih untuk lakukan salah satu tips ini atau kesemuanya sekali.


Tips 1 - Kumpul point.

Hanya topup handphone seperti biasa. Setiap kali anda topup, anda dapat point & kumpul point sehingga cukup untuk menebus handphone idaman anda. Lakukan secara santai saja. Jika kebiasaan setiap bulan anda topup handphone purata RM50, teruskan saja rutin bulanan tersebut. Anda tak perlu usik duit gaji. Duit gaji anda boleh gunakan untuk bayar bil-bil keperluan yg lain. Konsep kumpul point ini sama saja dengan kumpul point isi petrol di pam minyak. Berapa ribu point anda perlu kumpul untuk dapatkan sebuah payung je???

Nilai topup untuk dapatkan point.

Antara model-model handphone dalam web Tune Talk.

Ps : Model handphone akan sentiasa dikemaskini oleh pihak Tune Talk. Maklumat lanjut mengenai cara menebus handphone sila ke laman web Tune Talk. KLIK DISINI


Tips 2 : Kumpul komisen topup & fast track.

Ini juga boleh dilakukan secara santai. Tukarkan simkad Tone Excel untuk satu keluarga anda & sentiasa berkongsi kelebihan simkad pada rakan-rakan & secara online. Setiap komisen yg anda dapat, anda simpan & kumpul. Cukup jumlah komisen, anda pergi saja ke mana-mana kedai handphone & tunjuk saja anda nak handphone yg mana satu. Masih tidak usik duit gaji anda. :-)

Komisen fast track anda adalah tidak terhad (infiniti)

Anda akan menikmati komisen topup setiap bulan.


Tips 3 : Sertai cabutan bertuah.

Cabutan bertuah ini adalah anjuran Tone Excel. Apabila anda menggunakan simkad Tune Talk yg dikuasakan oleh Tone Excel, secara automatik anda layak sertai cabutan bertuah. Cabutan bertuah dilakukan secara mingguan, bulanan, & tahunan. Nama pun cabutan bertuah. "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu". Jadi, gunakan simkad secara santai saja. Ada rezeki InsyaAllah tak ke mana kan. Jika nasib anda baik, anda tak perlu usik duit gaji, komisen fast track, & komisen topup untuk dapatkan handphone idaman. :-)



Inilah 3 tips beli handphone tanpa usik duit gaji yg mudah & tidak membebankan. Diharap lebih ramai yg akan "celik mata" dengan perkongsian ini. Jadikan handphone anda bukan sekadar sms, call, & internet saja. Wasalam..




Terkini! Dato' Aliff Syukri D'Herbs Terlajak Laris Join Tone Excel...

Berita Terkini & Tergempar..


Baru-baru ni "kecoh" kisah Dato Aliff Syukri, pengasas D'Herbs terlajak laris mengambil langkah bijak menyertai Tone Excel. Ada yg kata hanya gimik semata-mata. Ada juga yg kata betul.

Saya selidik juga melalui fb tapi tak dapat menghubungi beliau secara terus. Cuma saya dapat maklumat dari rangkaian Tone Excel yg berdekatan dengan beliau. Dan rata-rata mereka mengesahkan berita tersebut adalah benar.



Pendapat saya.

Mengikut pendapat saya, tak hairanlah kalau Dato' Aliff Syukri join Tone Excel. Sebab, "Orang yg nak berjaya, akan curi peluang". Orang kaya akan terus kaya. Sebab apa? Sebab mereka selalu nampak peluang & terus 'curi' peluang. Sedangkan pakar kewangan Tuan AZIZI ALI juga menyokong program ini kerana potensi bisnes telekomunikasi yg berkembang pesat di  seluruh dunia. Takkan kita yg selalu ada masalah kewangan taknak "curi" peluang ni kan..

Itu saja komen ringkas saya. Jadi, kita fikir positif saja dan terus melangkah mengejar matlamat "Time & Financial Freedom".

Tahniah Dato Aliff Syukri :-)

Tonton video temuramah Azizi Ali.Klik disini.



Gambar Dato Aliff Syukri bersama upline beliau.





Join Tone Excel Dengan Modal RM10.

Join Tone Excel Dengan Modal RM10.



Untung ahli baru sekarang. Mana taknya, ada modal RM10 je pun dah boleh join Tone Excel. Dulu saya nak join Tone Excel wajib keluar modal RM90. Baru-baru ni seorang sahabat saya ada mencipta Sistem baru iaitu Website tonexpress.com. Website inilah yg membantu ahli-ahli baru yg kekurangan modal utk join Tone Excel.






Website Tonexpress.com

Caranya adalah dengan mendaftar dan upgrade RM10 utk dapatkan web promosi tonexpress.com. Kemudian tugas anda promosikan link web anda tersebut, ajak rakan-rakan upgrade RM10 melalui link web anda. Komisen RM10 tersebut akan dicatatkan dalam ewallet tonexpress.com anda. Anda promosi saja sampai komisen terkumpul cukup RM90 anda ambil langkah upgrade jadi ahli rasmi Tone Excel. 

Untuk jadi ahli rasmi baca Cara Daftar Simkad Tone Excel.

Selepas tu, anda teruskan saja usaha promosi link web anda dan anda masih boleh menjana pendapatan tambahan dengan web tonexpress.com ini. Komisen terkumpul seterusnya anda boleh tebus dengan simkad FREE atau cash money. Kalau anda perasan web tonexpress.com ni guna konsep affiliate. Saya memang suka affiliate hehe.

Jadi, disini anda dapat menjana 4 jenis pendapatan iaitu 3 bonus yg disediakan oleh Tone Excel sendiri iaitu bonus Fast Track, bonus Topup, dan bonus Tahunan. Satu lagi pendapatan affiliate dari tonexpress.com. Terima kasih Admin tonexpress.com

Disamping tu, FB support group juga disediakan iaitu Group Tone Excel RM10 . Group ni sangat membantu berkongsi pendapat tentang ilmu pemasaran. Ilmu paling penting. Kalau produk power tapi takde ilmu memang bisnes kita masih paras yg sama saja. Jadi mesti ada ilmu.


Sampai disini saja perkongsian saya. Kalau anda masih blur anda boleh rujuk disini tonexpress.com. Fahamkan dulu marketing plan. Dah faham boleh ambil langkah upgrade tak mahal pun RM10 semua orang mampu kalau nak dibandingkan dengan pulangan yg anda akan terima. 

Tutorial cara daftar web tonexpress klik sini.


Kesan Positif Kenaikan Harga Petrol.

Kesan Positif Kenaikan Harga Petrol.



Hai kawan-kawan. Jangan salah faham dengan tajuk artikel saya ni. Bukan bermaksud saya menyokong kenaikan harga petrol. Memang banyak kesan negatif sebenarnya khasnya rakyat biasa yg berpendapatan RM3K kebawah macam saya. 

Tapi ada satu je kesan positif saya nak kongsikan kali ni. Rentetan kenaikan harga petrol sen-sen ni, ramai orang dah mula pandang potensi bisnes sen-sen ni. Ya memang betol sebab ramai rakan-rakan yg dulu menjauhkan diri dari saya dah mula cari saya semula.

'Bro, Gua perlukan bisnes sen-sen lu ni bro. Gua dah sangap ni'. 

'Kalaulah aku ikut kau dari dulu kan bagus'.


Begitulah antara dialog-dialog yg saya terima dari rakan-rakan lama. Tapi saya terima juga. Nama pun rezeki. Rezeki jangan ditolak. InsyaAllah saya bantu rakan-rakan yg nak keluar dari masalah kewangan. 



Bisnes Cari Orang.


Banyak juga pengajaran saya dapat dari kisah saya sendiri. Sebab ramai yg tak suka bisnes cari orang ni. Sebenarnya mana ada bisnes yg tak cari orang. Takkan nak cari kucing pula. Kalau anda taknak cari orang, anda buka kedai. Biar orang datang cari awak. Tapi, ada modal nak buka kedai? 

Anda takde kedai anda kena bersusah-susah dulu. Sabar & konsistan. Lama-kelamaan orang akan mula cari anda dengan rela macam kisah saya ni.


'Bisnes ni tak perlukan anda, tapi anda yg perlukan bisnes ni'


Haaa... anda pula yg tengah baca artikel saya ni bila nak buat bisnes sen-sen ni? Mari download Ebook PERCUMA ni. Anda akan tahu bagaimana bisnes sen-sen ni dapat mengubah kedudukan kewangan anda. Semoga bermanfaat. 
Sekian, terima kasih.




Harga Petrol Naik Lagi???

Harga Petrol Naik Lagi??








Hai rakan-rakan semua. Pada 1 Oktober 2014 kita dikejutkan dengan pengumuman kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen menjadikan harga terkini RM2.30. Berita ini memberi satu tamparan hebat kepada seluruh rakyat Malaysia terutama yg berpendapatan RM3k kebawah. 

Sebenarnya kami yg join Tone Excel pun tak setuju dengan berita ini. Tapi apalah yg kami boleh buat. Kami takde apa-apa kuasa pun. Rakyat kini cuma ada 2 pilihan saja utk meneruskan kelangsungan hidup iaitu:-

1) Berjimat cermat. Catu segala perbelanjaan harian. Tapi sampai bila?

2) Jana pendapatan kedua. Tak kesahlah buat kerja sambilan ataupun bisnes sambilan.



Jana Pendapatan Kedua.

Untuk pilihan kedua pun kena bijak memilih kriteria pendapatan kedua. Antara kriteria yg mesti dititik berat:-

1) Masa - pastikan pendapatan kedua anda tidak mengganggu masa pendapatan pertama, masa rehat/tidur anda, dan masa berkualiti bersama keluarga.

2) Modal - pastikan modal adalah rendah. Kalau boleh tanpa modal.

3) Kerja sekali untung berkali-kali - ini adalah bonus kalau anda dapat pendapatan sebegini rupa anda patut bersyukur.


Cubalah anda cari bisnes yg ada ketiga-tiga kriteria ini. Kalau anda tanya saya saya nampak Tone Excel je depan mata saya ni. Sebab apa?

1) Tone Excel tak mengganggu masa saya langsung. Sebab saya sentiasa guna handphone. Apalah salahnya jika saya sembang dengan rakan sekerja tentang kelebihan Tone Excel ni. Tak keluar modal pun bersembang ni.

2) Modal adalah sangat berpatutan cuma RM90 saja. Kalau bisnes sebenar RM90 tu cuma dapat lesen perniagaan je. Tapi dengan Tone Excel kita tak perlukan lesen. cukup sekadar jadi ahli dan terus boleh promosi. Tak perlu juga simpan stok. Seperti saya guna konsep dropship je kalau saya dapat Prospek melalui online. Cuma saya standby sekeping je dalam poket saya kalau ada Prospek offline on the spot nak daftar. 

3) Dah tentulah kerja sekali untung berkali-kali. Bila Prospek daftar dengan saya, saya dapat Bonus Fast Track RM20. Bukan tu je, bila dia guna dan topup macam biasa tiap-tiap bulan, saya pun dapat komisen tiap-tiap bulan juga tanpa perlu berjumpa dengan saya. 


Simple kan bisnes yg saya dan lebih 500k rakyat Malaysia buat ni. Sekurang-kurangnya dapat back up duit petrol tiap-tiap bulan dan yg pasti komisen sentiasa meningkat tiap-tiap bulan bukan setahun sekali macam kerja kilang. Kalau rakan-rakan masih kurang faham boleh baca dulu Ebook PERCUMA ni. PERCUMA je saya bagi. Anggap saja hadiah dari saya kerana sudi baca artikel saya.

Semoga Ebook PERCUMA ini memberi manfaat dan peluang kepada rakan-rakan semua InsyaAllah. Sekian, terima kasih.


Kelebihan Simkad Tone Excel.

Kelebihan Simkad Tune Talk Tone Excel.





Selamat bertemu kembali kepada tuan/puan yg sudi singgah di Blog saya. Kali ni saya nak share kelebihan simkad magic TuneTalk ToneExel (TTTE). Yg pasti kelebihan ini takde pada simkad-simkad lain. Kalau anda guna simkad lain apa yg anda akan dapat cuma sms,call dan internet. Kadang-kadang dapatlah percuma sms dan call. Itu saje. Dengan simkad magic TTTE semuanya anda boleh dapat percuma. Eh confidentnya saya cakap macam tu. Memang confidentlah sebab saya dah rasa.

Dengan simkad magic TTTE anda dapat :-

-Dapat PERCUMA PA Insurans bernilai RM100K.
-Dapat PERCUMA tiket kapal terbang Air Asia. [kumpul point]
-Dapat PERCUMA Handphone.[kumpul point]
-Dapat PERCUMA kredit panggilan.[kumpul point]
-Dapat buat bisnes tanpa keluar modal.
-Peluang dapat topup PERCUMA setiap bulan.
-Peluang menang cabutan bertuah sebanyak RM200.
-Peluang menunaikan umrah secara PERCUMA.
-Dapat DISKAUN jika menetap di Tune Hotel.
-Peluang jana pendapatan pasif setiap kali pengguna isi topup, anda akan dapat komisen sehingga 26% dalam bentuk wang tunai walaupun anda tak jual topup.[boleh diwariskan]

Info lengkap klik -----> SINI
                           




Ini baru kelebihan asas. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan tersembunyi yg akan saya terangkan pada artikel akan datang. Kalau anda dah join anda akan rasa sendiri sebenarnya banyak yg PERCUMA dalam TTTE ni. Semoga perkongsian kali ini membuka sedikit minda anda. Sama-sama kita sedar untuk berubah menjadi pengguna bijak bukan pengguna setia disamping mencipta pendapatan pasif seumur hidup.
Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya. Sekian, Terima kasih.

Pembayaran komisen Tone Excel baca DISINI.

Dapatkan simkad Tone Excel DISINI.









Bisnes Telekomunikasi Kalis Ekonomi.

Bisnes Telekomunikasi Kalis Ekonomi.




Kita bersambung tentang artikel saya yg terdahulu. Kali ini saya nak kongsikan dengan rakan-rakan tentang bisnes yg boleh buat pasif income ni. Nama program ni TuneTalk ToneExcel (TTTE). Mesti anda pernah dengar kan? Tapi buat-buat tak dengar. Nasihat saya jangan buat-buat tak dengar.




Tune Talk Tone Excel.



Dulu saya pun buat-buat tak dengar juga. sibuk cari bisnes yg boleh cepat kaya, nak kerja senang tapi last-last habuk pun takdak. Hot sekejap je lepas tu terus senyap. Tu semua bisnes bermusim je. Tapi TTTE ni bukan bisnes bermusim. Sebab apa? Sebab semua orang guna handphone. Ini adalah bisnes telekomunikasi. Nilai pasaran telekomunikasi takkan susut, permintaan tinggi, dan ini adalah produk keperluan harian bukan produk yg sia-sia!!!..



Sebelum anda nak percaya cakap saya anda pergi Google cari siapa orang no.1 terkaya di dunia. Saya tolong bagitahu sambil-sambil anda Google. Namanya Carlos Slim Hellu. Bisnes dia kad topup bisnes dia sen-sen je beb dan market dia hanya di Mexico je. Anda kenal Bill Gate? Bisnes dia Software/Window dan market dia satu dunia. semua orang guna window/software kan. Tapi dia hanya dapat tempat kedua orang terkaya di dunia. Nampak tak? Ini bermakna hari-hari orang guna handphone, hari-hari orang topup.



Dan saya nak cerita dalam Malaysia pula. Bos Maxis, Celcom, dan Digi adalah antara orang terkaya di Malaysia. Dan barulah diikuti orang-orang lain dari bidang lain. Ini bermakna Bidang Telekomunikasi adalah bisnes no.1 in the world!!!..



Jadi kesimpulannya, anda berjinaklah dengan bisnes telekomunikasi ni. Sebab TTTE dah bagi peluang orang biasa-biasa macam kita untuk dapat pasif income macam jutawan-jutawan telekomunikasi ni. Bukannya anda kena bina menara pencawang sendiri pun, keluar modal sampai berbilion untuk segala maintenaince. Anda cuma kena keluarkan modal RM90 je korang dah boleh jadi pemilik bisnes telekomunikasi.



Diharap perkongsian kali ini membuka sedikit minda kesedaran anda untuk bekerja keras mencipta pendapatan pasif seumur hidup. Sampai disini sahaja artikel saya kali ini. Cerita kita belum habis lagi. Ada sambungan lagi. Saya akan cerita lebih detail lagi tentang TTTE ni dari sudut pandangan saya sendiri. Sementara tunggu sambungannya anda boleh usha-usha dulu detail bisnes TuneTalk ToneExcel disini












Intro Pendapatan Pasif.

Intro Pendapatan Pasif




Selamat sejahtera rakan-rakan semua. Sebelum tu saya nak kenalkan diri saya dulu. Nama saya Amirul. Saya bekerja hanya sebagai Technician kilang di Banting, Selangor. Dan saya juga buat sambilan tulis Blog tapi taklah tegar sangat sebab saya bukan jenis suka menghadap PC 24 jam. So banyak Blog-blog saya terbengkalai haha.. 

Sebab saya susah nak dapat idea tulis Blog. Sebulan sekali pun susah nak dapat idea. So, tunggulah saya dah capai pasif income melebihi aktif income, saya berhenti kerja dan bolehlah tulis Blog 24 jam kankankan...

Haaaa nak cerita pasal pasif income ni, nak tanya apa yg anda faham pasal pasif income ni? Duit kerja part time? Kerja sekali untung berkali-kali? OK la saya nak kongsikan apa yg saya tahu pasal pasif income. Sebelum tu kita kaji dulu apa itu Aktif Income.

Aktif Income

Pendapatan yg kita miliki dengan bekerja tiap-tiap hari. Macam saya kerja Techician sekarang ni. Tu lah aktif income saya. Dan aktif income saya ni adalah tetap. Takkan terkurang banyak dan takkan terlebih banyak. Aktif income ni pun akan berubah nilai atas sebab-sebab tertentu yg tak dapat dielakkan contoh eksiden, sakit kronik yg boleh menyebabkan kecacatan sementara/kekal. Sementara kita sihat ni lah kita dapat menjana aktif income.

Pasif Income

Ini pula biasanya dilakukan secara part time dan jumlahnya bergantung kepada usaha/jualan kita. lebih kurang macam berniaga jugalah. Banyak jualan maka banyaklah income. kalau sikit jualan maka sikitlah income. Tapi bagi orang yg dah selesa dengan kerja aktif income dia tak berapa pandang sangat pasif income. Dia buat ala-ala kadar je pasif income dia.

So, pernah tak anda terfikir nak jadikan  jumlah pasif income melebihi aktif income anda?? Saya pernah terfikir dan saya akan jadikannya kenyataan. Sebab saya nak berhenti kerja dan tulis Blog sepenuh masa dan dapat menemani korang hehe.. Sebenarnya memang ada bisnes pasif income yg kita boleh buat melebihi aktif income dan yg bestnya jual sekali untung berkali-kali. Ini bermakna pasif income tersebut boleh menjadi wang pencen korang. 

Takpe kali ni saya hanya nak cerita pasal intro pasif income je. Saya sambung cerita saya pada artikel akan datang.. Terima kasih, Wassalam..